Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Wednesday, March 16, 2011

KaSihNya HiNggA Ke SyuRGa ...

"Zam, ape pndpt kau kalau aku kahwin lagi satu?"...
Pertanyaan tersebut hampir saja membuatkan Azam tercekik...
   "Kau dah gila, Fiq? tanah kubur isteri kau tu masih merah lagi..baru je sebulan dia pergi, kau dah nak cari pengganti? aku ingat kau sayang sangat kat isteri kau tu..sbb tu kau jadi macam ni..macam bangkai bernyawa dah ku tgk..suka hati engkau lah encik Shafiq oi..." Azam menjawab pertanyaan Shafiq dengan jawapan yang berbau sindiran..
   "Kau tak mungkin faham Zam..kerana aku terlalu sayanglah aku nak kahwin lagi satu.." Shafiq berlalu pergi meninggalkan Azam yang masih ternganga di situ...

   Sudah hampir sebulan Shafiq hidup menyendiri setelah pemergian permaisuri tercintanya, Ina...isteri yang selama ini menjadi peneman kala tidurnya..pengubat kala dukanya..berkongsi tawa tika bahgia..serta isteri yang selama ini dia kucup dahinya setelah usai solat berjemaah bersama...sungguh Shafiq cintakan Ina sehingga tiada lautan pun yang mampu menandingi laut cintanya pada Ina..Ina hadir dalam hidupnya dgn membawa cahaya serta sinar yg gemilang..Ina yg membawa dia pulang, kembali ke jalan Allah setelah lama dia sesat dari jalan-Nya..sungguh dia bersyukur kepada Allah kerana mengurniakannya seorang bidadari walau Ina hanya menjadi penemannya seketika cuma..

  Usai solat istikharah malam itu, Shafiq menuju ke kamar dan duduk di birai katil..sudah lama tpt Ina kosong dan sepi..dicapainya bingkai gambar yg tersemat gambar Ina dan ditatapnya puas2 wajah ayu itu..

  "Ina..maafkan abang sayang..Ina isteri yg baik..Biar abg mati hidup semula pun belum tentu abg dpt cari pengganti persis Ina..maafkan abg kerana buat keputusan utk kahwin satu lagi..bkn abg x sayangkan Ina..tapi kerana abg terlalu sayanglah abg buat keputusan berat ni..abg bukan nak mengkhianati cinta Ina pd abg..tidak sama sekali Ina..Ina terlalu sempurna buat abg..kasih, cinta dan sayang Ina pada abg selama ni tdk pernah abg rasakan ketandusannya..abg terlalu rindukan Ina..gelak tawa serta peluk cium Ina..kerana rasa rindu yg tdk tertahan lagi, abg lantas buat keputusan untuk cari pengganti Ina..kasih Ina pada abg terlalu besar sehingga abg tidak mampu hidup tanpanya..jgn bimbang sayang..Ina ttp di hati abg..biar hingga nyawa terpisah dari jasad, Ina ttp cinta abg..bakal isteri abg ni baik orangnya..lembut..sopan santun..persis Ina..yg plg pntg, dia beragama Ina..sungguhpun begitu, dia tdk mungkin dapat gantikan tpt Ina di hati abg..Ina ttp cinta abg..sampai bila2..."

   Shafiq meletakkan semula bingkai gambar tersebut ke tpt asalnya..tidur Shafiq pada malam itu ditemani air mata kasih kerana kehilangan Ina..sungguh kasihnya dia pada Ina membuatkan dia menangis setiap malam..bukan dia tdk redha akan ketentuan Ilahi..dia cuma terlalu rindukan Ina..haru-biru hidupnya setelah Ina pergi..hampir sebulan Shafiq menahan sakit rindunya pada Ina..
   Shafiq tersentak..air mata kasih itu mengalir lagi..terasa panas pipinya.."Ina..." bisik Shafiq perlahan..sungguh Allah itu Maha Besar dan takdirnya tiada siapa mampu menduga..kerna terlalu sedih mengenangkkan Ina, Shafiq hilang tumpuan ketika memandu..kereta yg dipandunya terbabas lalu menempuh deras penghadang jalan..
   Shafiq membuka kelopak matanya perlahan-lahan..terasa berat sekali..ada darah panas mengalir ke hidungnya lewat kepala yg sudah terluka begitu dalam sekali..baju melayu putih yg baru sahaja siap ditempah tadi kini sudah dicemari dgn darah merah yang mengalir dari dadanya..Shafiq hanya mampu memandang baju tersebut dgn pandangan yang lemah dan hambar..

  "Ya Allah..mungkinkah ini akhirnya...? Ina..adakah ini penghujungnya? andai ini penghujungnya, aku redha Ya Allah..Ina..andai ini akhirnya, abg redha..abg pasrah..abg redha Ina jadi satu2nya permaisuri abg selama ini sepertimana Ina relakan diri Ina menjadi milik abg pada hari kita diijabkabulkan..Abg cintakan Ina..hingga akhir hayat abg..

  Shafiq mengucap perlahan..dia sudah mendambakan Ina sbg penghulu bagi segala bidadarinya di syurga nanti..kasihnya dia pada Ina sampai ke syurga.."Ina....." matanya kini sudah tertutup rapat..tidak bergerak-gerak lagi...

No comments: