Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Thursday, April 14, 2011

Kisah Cinta seorang Wanita Kepada Allah

Wanita adalah hiasan dunia dan sebaik-baik wanita di muka bumi Allah yang agung ini adalah wanita yang solehah. Tiada lelaki yang tidak mahukan seorang wanita untuk dijadikan teman hidupnya memiliki ciri-ciri wanita solehah. Korang macam mana? Okey Lepas baca habis entri ini, sila jawab persoalan aku tu ye!
Entri ini ditulis bertujuan untuk berkongsi sebuah kisah pada zaman dahulu tentang kasih dan cintanya seorang wanita ini kepada Allah S.W.T. Mari sama-sama kita baca dan ambil iktibar dari kisah yang membuatkan mata dan hati aku menangis.
Dalam sebuah riwayat mengatakan bahawa seorang lelaki munafik yang sangat kedekut telah bersumpah kepada isterinya supaya tidak menyedekahkan sesuatu apa pun kepada orang lain. Maka suatu hari datang seorang peminta sedekah ke rumah wanita itu ketika suaminya tiada di rumah. Peminta sedekah itu berkata, “Wahai penghuni rumah, tolonglah berikan aku sesuatu”.
Sebaik sahaja isteri orang munafik itu mendengar permintaan peminta sedekah, lalu diberinya 3 keping roti. Lalu peminta sedekah itu berlalu dan mengucapkan terima kasih. Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan lelaki munafik tersebut lalu lelaki munafik itu bertanya kepada peminta sedekah, “Di manakah kamu mendapat roti ini?” Maka pengemis menjawab, “Orang di rumah sana memberiku”.
Orang munafik mengetahui bahawa rumah yang dimaksudkan adalah rumahnya, lalu dia pulang dengan perasaan marah dan berkata kepada isterinya, “Bukankah aku telah melarang kamu dari memberikan sesuatu apa pun kepada sesiapa?” Isterinya menjawab, “Aku berikan roti kepada pengemis itu kerana Allah S.W.T”.

Apabila orang munafik itu mendengar kata-kata isterinya, maka dia menjadi sangat marah lalu menyalakan dapur rotinya sehingga panas. Kemudian dia berkata kepada isterinya, “Berdirilah dan campakkanlah diri kamu ke dalam api ini kerana Allah”.
Isterinya akur dengan kehendak suaminya lalu memakai perhiasannya dan berhias sehingga cantik. Orang munafik itu berkata, “Kamu jangan pakai perhiasan-perhiasan ini”. Isterinya menjawab, “Seorang kekasih akan memakai perhiasan untuk kekasihnya, sedangkan aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku (Allah)”.
Setelah itu, wanita tersebut terus terjun ke dalam dapur tempat membuat roti yang panas lalu orang munafik tesebut menutup tudung dapur dan beredar dari situ. Setelah tiga hari, orang munafik itu pun membuka tudung dapur dan dia terperanjat apabila melihat isterinya itu masih sihat tanpa terdapat apa-apa kecacatan pada dirinya berkat kuasa Allah.
Kemudian terdengarlah orang munafik itu suara dari langit yang berkata, “Kamu tidak mengerti bahawa sesungguhnya api tidak akan membakar kekasih-kekasih Kami”.
—————————————
Dari kisah ini apa yang dapat disampaikan adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan agamaNya akan terselamat dari siksaan api di dunia mahupun api neraka di akhirat kelak. Jadi mari sama-sama kita muhasabah diri di manakah kedudukan kita di sisi Allah kini? Apakah kita ada perasaan seperti wanita tersebut yang begitu cintakan Allah? Sama-sama kita renungkan.

Barangsiapa yang menginginkan pelindung, maka Allah cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan teladan, maka Rasulullah cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan pedoman hidup, maka Al-Quran cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan peringatan, maka kematian cukup baginya.
Dan barangsiapa tidak cukup dengan semua itu, maka neraka cukup baginya.

Bila dah bertudung, no fesyen-fesyen, only the baju kurung


Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

 Salam to all readers~ =) This is Jadi orang Islam beruntung, agama tak suruh berbungkus macam pocong Part III. (This is all about Nilai Tudung) Entri ini lebih kepada mengingatkan diri sendiri, terutamanya dan mengajak anda berfikir sejauh mana perubahan kita selama ini.(Entri ni agak panjang tapi harap sudi baca sampai bawah- anggaplah ini peringatan dari Allah melalui saya)


"Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan, (kepada manusia, dan janganlah berduka cita kiranya ada yang menolaknya) kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan)
(al-Ghasyiyah:21-22)



First, saya nak mengalu-alukan budak-budak maktab saya (sempat lagi) if ada tegur-tegurlah, saya tak berapa nak cam, kadang2 diorang ni kenal saya, saya pulak yang tak kenal. (camtulahh sebaliknya) Tegur-tegur lah saye ye, tak saya tak sombong, pemalu jew *batuk jap~


Saya nak tunjuk beberapa jenis tudung ni, tak tak, bukan nak buat jualan ye cuma nak tunjuk perkembangan fesyen tudung sekarang... Kita imbas kembali, zaassss~



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjStpQ1dpkNDHhowE_4t_gK1QPt3CJdkfi89zjsohn39ZLR-RkJ6EDR7S81kIzRO177gX42x77UPNV3lPvSkW9a8eMOvWeOEoZDA6LdQEHGC7cMdOi46Zzp5YDpte1vx_8T2cUGUcK9oW5z/s320/TDG+BAWAL+SULAM+RM45.90.jpg
Tudung Bawal

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBKOmfkJ1QxEbp4-HwbHIudlG7jbPHGyqLtiS8Cz4qHaa42viFO7X3m67hyphenhyphenzqN8X4UnEbfPQvfuz-nc9ZJCMcLopiXAaSY2n-GsFvutxb4vxzZcYo7Y431qS1saQYVgYnNkAzVZmFyET64/s320/wardina.jpg
Tudung Wardina

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiimpGlLEfVgwsJrNzZvd-wlN1NslgYZQax3H0otOBG-Tf9z8bBXz9bRilNH-xE6zjAbVGBMDWJgVIOIY9IhQBKZP2_eAFYTIZo1w1EXfzaqvV1Tk_obWzJ3EHLXv0kQoYjDHjJMaVaRwwj/s320/3192010_klikbertudung1%2528a%2529.jpg
Tudung Waheeda

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8a9_09bc2OXAnOV0cyBLtztM4NPAVOC7PtS66iJb9jpzVwGbtJefZEVR5yhmWE1x8OaC3F2fF-Z3Nqsd0AzwcF7FLKSnvX4RuxxYM8kZy5sh1AUn6SgK8k71vYNgyHpUe9pRSpU-IckJD/s320/tudung+ariani+2.jpg
Tudung Arini



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_i5sY3Icz__b1FpLYX_aWd5zFEQM1pacWxoDNmXDyxcVWx54qnFQmZkDPmhpvrakzpDqXGW1dqhPLtQNOcDeInN60ii-AfCv5WCBtAJ0DAK7Ggkrl2vC-ScsfujIGJ8hON2CusuiG4Cro/s320/25319_375835147604_38760492604_3729030_4918366_n.jpg
Tudung Syria

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhy8MvE88eW5-ddncPgPqNTGGCOXsPVYapLhB6Fb_0kHfSnbUV0L7RNR3kqnncADmIeO7P0SqS52l_OOR__prXLfpB5p-4pE9WuZTssGMoMNOnBuIb7WAi1PuBWSrQA-sbpfMj7ZH0Qgso9/s320/FX+%25281%2529.JPG
Pashmina

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJ-bxqi2eYH4mG5jAVKHVZhyphenhyphen1Y-nN1KGK3kcoHfqUU-VNKcOdG07MdcR63ItwAvy6eI4bqq0KioLvR7QhM3m_D1_Jvr04vODpp-v0ZaVTXEk2vBhZY7XMVYQPOMqKDhuFzUaHaVtaijJO8/s320/FW+%25286%2529.JPG
Shawl/Selendang

Dari zaman tudung bawal sampailah sekarang, ternyata kuantiti orang bertudung sudah meningkat. Bertudung kerana kesedaran ke? Bertudung kerana fesyen semata ke? Bertudung kerana ikut-ikutan ke? Waallahu'alam, hanya Allah yang Maha Mengetahui tentang niat hamba-hamba-Nya. 


Justeru peningkatan mereka yang bertudung, haruskah dibanggakan? Adakah kualiti juga meningkat? Yang penting bukan kuantiti, tapi kualiti. Jika peningkatan kuantiti yang bertudung meningkat, tetapi cuba lihat sekarang di sekeliling kita;


Dahulu, tudung dikaitkan dengan dakwah malah pernah juga dipanggil hantu kom kom. Ketika itu, tudung dikaitkan dengan perkara-perkara positif seperti dakwah, usrah, etc. Kini, tudung juga dikaitkan dengan maksiat. Jangan terkejut jika di kalangan minah-minah rempit, ada yang bertudung. Kalau dulu, orang bertudung ni dilable baik, soleh solehah, tapi sekarang sukar sekali untuk menilai kesolehan dari seseorang yang bertudung ini. Sejauh manakah kepercayaan kepada mereka yang bertudung, jika yang bertudung juga ada yang merokok, jika di kalangan mereka ada yang membuang bayi, berdating bebas, keluar berdua-duaan dengan buayafriend di tempat-tempat sunyi, tidak segansilu holding hands together, bergambar peluk-peluk lepas tu masuk facebook dan belog? Lalu, apakah erti nilai tudung sekarang?
Bertudung kerana fesyen? atau perintah Allah? 


Dahulu, wanita yang bertudung dilihat di tempat baik-baik, masjid, surau, tempat kerja, pendek kata, yang positif, sekarang, ianya di mana-mana, di masjid juga, tapi tumpang kejap nak buang anak, di taman bunga sedang berasmara, di panggung wayang dating dengan lelaki-bukan-muhrim, ya kuantiti mereka yang bertudung meningkat dan boleh dilihat dimana-mana.


Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat;
"Ya Rasulullah, dengan apakah mencapai keselamatan kelak?" Jawab nabi s.a.w, "Jangan menipu Allah!" Orang itu bertanya lagi: "Bagaimanakah menipu Allah?" Jawab baginda; "Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh  Allah, tetapi tidak kerana Allah" 



Bertudung, ini satu hal yang sukar difahami oleh ramai wanita, muslimat, girls. Bertudung tu adakah ia bermaksud menutup rambut sahaja, tutup tutup kepala dan rambut? Hair covered with hijab. Perlu difahami tentang hakikat bertudung, ianya bukan sekadar itu, ia lebih dari itu. Jika bertudung, akhlak kena jaga, bertudung harus ikut syariat Islam, ikut peraturan Islam. Kalau dulu, orang kata, bila pakai tudung, kena pakai baju kurung je... Sekarang fesyen tak begitu dah, banyak fesyen lain yang ditawarkan jika kita bertudung. Maksudnya kita masih boleh bergaya, asalkan hati pandai memilih. Kadang-kadang bila fikir balik, lebih baik kekalkan saje pendirian dulu, bila pakai tudung pakai baju kurung je... Ye lah masa ni yang pakai tudung berapa kerat je, itu pon stok alim-alim. Semua berbaju kurung dan berjubah. Sedap sikit mata memandang. Sekarang ni macam-macam pesen dah ada.

Ambil contoh, berpuasa di bulan Ramadhan. Satu lagi syariat Allah yang sukar untuk difahami oleh ramai orang. Bagi kebanyakan orang definisi berpuasa ini ialah menahan lapar dan dahaga. No makan-makan. Tapi sebenarnya ia lebih dari itu, hati juga berpuasa dari memikirkan perkara yang bukan-bukan, kedua belah matamu juga berpuasa dari melihat pandangan yang bukan-bukan, kakimu juga berpuasa dari melangkah ke tempat-tempat yang bukan-bukan, telingamu juga berpuasa dari mendengar perkara yang bukan-bukan. Pendek kata, kesemua anggota badan kita turut bekerjasama untuk menahan diri dari segala sesuatu yang diharamkan untuk melakukannya, bukan sekadar perut yang menahan lapar dan dahaga....


Begitu juga syariat menutup aurat. Islam tak suruh bertudung tapi menutup aurat. Ahahha, relax. Bukan nak buat mazhab baru. Islam tak suruh bertudung....

# kalau bertudung pon, masih pakai baju ketat-ketat
# kalau bertudung pon, pakai seluar nampak bentuk kaki
# kalau bertudung pon, akhlak masih tak berjaga
# kalau bertudung pon, masih tak ikut syariat Islam
# kalau bertudung pon, niat cuma ikut perkembangan fesyen
# kalau bertudung pon, kaki selambe melangkah ke tempat maksiat
# kalau bertudung pon, mulut sesuka hati fitnah orang
# kalau bertudung pon, sebab ikut peraturan sekolah
# kalau bertudung pon, sebab parents suruh
# kalau bertudung pon, sebab semua kawan-kawan pakai tudung lah
# kalau bertudung pon, sebab bila pakai tudung nampak cun melecun


Inilah niat-niat yang bukan kerana Allah. Dan bila niat pon juga bukan kerana Allah, jangan salahkan mana-mana pihak jika akhlak orang bertudung semakin terhakis! Ini reality bukan fantasi. Islam sudah memberi garis panduan dalam bergaya. Bertudung dalam menutup aurat bukan hanya bertudung tapi tak tutup aurat, bertelanjang, etc. etc.




(Ayat-ayat al-Quran tentang pemakaian ada di Part I)


Kalau pakai elok-elok orang pon takut nak phewwit phewwwit dekat ang;
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri orang-orang mukmin hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak akan diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
(al-Ahzab:59)


Rasulullah bagi lagi peringatan;
"Wahai anakku Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang akan digantungkan rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Satu panduan lagi dalam bergaya;
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka"(An-Nur:31)


Kain tudung yang jarang pulak;
Daripada Aisyah menyatakan bahawa Asma' binti Abu Bakar masuk ke rumah Rasulullah s.a.w dengan memakai baju yang nipis, lalu Rasulullah s.a.w menegur perbuatannya lalu bersabda; "Wahai Asma', apabila seseorang wanita telah didatangi haid, tidaklah boleh dia mendedahkannya (anggotanya) melainkan ini dan ini." Lalu baginda menunjukkan ke muka dan tapak tangannya. (Abu Daud)





Yang tertutup itu indah bukan? 

Mudah, satu analogi lagi. Jam yang dibalut dengan pembalut hadiah, dijaga, diletak dalam showroom. Jam mahal, biasalah jaga pon lebih siket. Bandingkan dengan jam yang dekat pasar malam, longgok-longgok, 3 RM10 (murahnya). Yang ni for sure lah pakai seminggu lepas tu dah rosak.

Yang tertutup, terjaga itu sangat susah nak dekati, nak dapat. Wanita solehah susah nak didekati. Sebab mereka  menjaga. Jaga diri mereka, jaga iman mereka, jaga peribadi mereka. Untuk suami mereka suatu hari nanti. Tak kan sewenang-wenangnya menyerah kepada lelaki, tak kan sewenang-wenangnya memberi kepada yang bukan berhak. Benda murah memang senang nak dapat, dekat pasar malam 3 RM 10. Nilailah kita di mana. Dengan hati yang punya iman. Saya nak mengajak berfikir itu sahaja. =)


Islam tak menyekat umatnya untuk bergaya, cuma bergayalah guna ilmu, jangan hanya pakai otak dan hati. Pakai ilmu. Rasanya kena buat slogan baru; Bergayalah guna ilmu bukan guna hati semata~ =)


Silalah pilih, apple yang cantik? or apple yang rosak? Jangan salah pilih kelak diri merana~ =)