Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Wednesday, January 30, 2013

Just a new beginning and Smileee ^_^

Setiap orang, Akan ada sesuatu yang dia simpan. Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan. Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan. Siapa pun dia, Segembira mana pun dia. Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum, Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka. Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya, Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis. Pasti ada. Kerana dia juga manusia. Makanya, Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa, Hanya kamu yang melalui, Dan hanya kamu yang mengerti, Kamu silap, dan kamu salah. Ada orang lain yang pernah melaluinya, Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan. Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui. Ada. Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu, Kamu yang tak pernah nampak. Jangan selalu menganggap, Bahawa kamulah yang paling susah, paling sakit diuji, Paling berat diduga. Ada. Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya. Sudahlah, kesat air matamu, Walau serumit mana situasi kamu. Pujuk hatimu. Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada. Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu. Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA, DIA tak akan sekali-sekali mengkhianati kepercayaan kamu. "

JODOH - usah mencari yang terlalu sempurna

Jika kamu memancing ikan… Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu… Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga…setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang… Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya… Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu… Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh…cukuplah sekadar keperluanmu… Apabila sekali ia retak…tentu sukar untuk kamu menambalnya semula… Akhirnya ia dibuang… Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi… Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya… Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa… Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya… Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya…. Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu… Mengenyangkan – Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan… KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya… Lalu kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU… Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan… KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain… Lalu kamu juga yang akan MENYESAL…!! Salam Sayang ... :-)