Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Monday, March 14, 2011

ErTi CiNtA SeBeNar Yg DiSyAriAtKaN DaLaM IsLaM

Kehadiran orang tengah telah memudahkan lagi prosess taaruf antara mereka walaupun ada antara kedua-duanya pernah mengenali antara satu sama lain ketika menuntut di universiti yang sama dan juga berada dibawah wadah dakwah yang sama suatu ketika dahulu. Berbeza dengan cara hidup masa kini dimana sesetengah umat Islam telah jauh terpesong dari ajaran Islam sebenar kerana tidak tahu lagi batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin. Menerusi dialog ini, ahli panel cuba merungkaikan masalah yang dihadapi oleh remaja sekarang serta menerangkan beberapa cara dan pendekatan yang sesuai bagi sesiapa yang ingin mendirikan rumahtangga terutamanya cabaran bagi pelajar atau golongan yang sedang menuntut di pusat pengajian.
Antara soalan yang dibincangkan ialah “apakah cara yang sesuai untuk meluahkan isi hati kepada seseorang dengan cara yang betul?”.  Pertama, seseorang itu perlu menggunakan orang ke-3 untuk menyampaikan hajat. Selain itu, boleh melalui ahli keluarga seperti kakak atau abang. Seorang bapa juga berhak jika dia mampunyai calon yang soleh untuk dipinangkan, serta melalui institusi Baitul Muslim. Seelok-eloknya seseorang itu tidak menyatakan hasratnya secara terus kerana ditakuti dirinya akan ditolak bulat-bulat oleh pihak kedua. Yakinlah bahawa jodoh ditentukan oleh tuhan, seperti Firman Allah dalam Surah An-Nuur ayat 26 yang bermaksud, “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (Syurga).”

No comments: