Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Monday, December 10, 2012

Cinta kita ~ betul ke tidak caranya ?

Tidak salah meluahkan rasa cinta di hati kita. Kalau sudah berkenan, nak buat macam mana. Usahlah dipendam disimpan sampai hidup terganggu dan tak boleh buat kerja. Luahkan, nyatakan, beritahu biar terang. Barulah rasa tenang. Itukan fitrah, tiada siapa boleh halang. Tetapi, biarlah diluah pada orang yang sepatutnya. Memberitahu terus terang kepada walinya adalah tindakan paling gentleman dan romantik. Kalau jadi kahwin, comfirm akan jadi kenangan manis sampai mati. Ramai orang pendam perasaan cinta, kemudian hidup dalam anganan berpanjangan. Layan jiwa katanya. Ramai juga orang, luah perasaan pada anak dara orang tapi sembunyikan dari walinya, kemudian hidup bermain cinta dan larut dalam maksiat entah ke mana. Sebenarnya, tindakan kitalah yang menentukan salah betul. Jatuh cinta, beritahulah, risik dengan betul, kalau tidak diterima tak mengapa, tidak hilang kemuliaan kita. Kalau diterima alhamdulillah, boleh diteruskan di atas jalan yang sepatutnya. Cinta tidak salah, asalkan betul cara acuannya.

2 comments:

batman said...

nice post
salam ziarah :)
jgn lupa follow blk :P

Nurul Syahida Mat Rodzi said...

thanks :-)