Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Saturday, March 26, 2011

AwEk tu CaNtiK La

Bikai : Wayang start lame lagi ni,nak wat ape?
Adan : Makan KFC,jom!
Bikai : Lor,tadi kan baru makan kat Secret Recipe,nak makan lagi ke?
Muz : Em,kite lepak-lepak kat Ice Skating tu,bley gak usha awek-awek yang dot main situ
Bikai : Ok gak,jom
Kalau anda perempuan,saya rasa situasi di atas jarang sangat berlaku,pantang ada masa kosong di pusat membeli belah, pasti pergi ‘window shopping’. Tapi kalau anda lelaki,saya percaya situasi di atas pernah berlaku pada diri anda. Kalau bukan lepak di tepi gelanggang Ice Skating,lepak di kaki lima,yang penting tempat itu mesti ramai orang lalu-lalang.Kenapa?
Sebab nak menikmati kehebatan dan keagungan Allah yang menciptakan satu ciptaan yang cukup mempersona dan menarik hati iaitu perempuan. Kalau yang lawa,ayu,cantik,comel lalu di hadapan mereka,mula lah teransang. Kalau yang nakal,menggunakan siulan sebagai tarikan dan kalau yang kurang nakal,berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakan lain,kalau yang alim,cepat-cepat tunduk pandangan.
Kalau yang tak berapa lawa pula lalu,yang nakal masih cara yang sama cuma dengan niat ingin mengejek,yang tak berapa nakal menjuih bibir tanda tak berkenan,yang alim tak tunduk pandangan,hanya beristighfar dalam hati kerana makhluk di depannya tidak mampu menggugat imannya.
Rupa-rupanya,ini bukan budaya orang Melayu sahaja tapi ini budaya orang Lelaki. Tak kisah anda bangsa apa,asalkan anda lelaki,pasti anda suka duduk di tepi jalan bersama kawan-kawan sambil menikmati keindahan alam. Hal ini pernah dicatatkan dalam satu hadis Rasulullah yang berbunyi:
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Hindarilah duduk di tepi jalan. Kami bertanya: Wahai Rasulullah SAW, kami tidak dapat meninggalkannya kerana kami sudah biasa begitu! Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu merasakan tidak boleh meninggalkannya, maka berilah hak jalan. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah SAW, apakah itu hak jalan? Rasulullah SAW berkata: Menundukkan pandangan, jangan mengganggu, menjawab salam dan berbuatlah kebaikan dan jauhkan daripada kemungkaran.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Kalau budaya melepak itu sudah sebati dalam hidup anda,tunaikanlah hak jalan sepertimana hadis di atas. Tundukkan pandangan bukan bermaksud tengok dulu baru tunduk tetapi dari awal lagi anda menjaga pandangan anda. Lepaklah di tepi jalan tapi arahkan pandangan anda ke arah yang tiada manusia,itulah menjaga pandangan.
Jangan ganggu orang-orang yang lalu-lalang,baik lelaki atau perempuan,berikan mereka keselesaan. Pernah anda ingin lalu satu kawasan tapi di tengah perjalanan ada satu kumpulan lelaki berkulit hitam,lalu anda cari jalan alternatif lain kerana anda rasa tidak selamat melintasi mereka.Perkara yang sama difikirkan oleh wanita-wanita yang berjalan seorang diri,walau seputih dan secerah mana pun kulit anda,andai anda berkumpulan dan dia keseorangan,pasti dia rasa tidak selamat dan ini bukan ajaran Islam.Kita dilarang sama sekali membuatkan orang lain rasa tidak selesa dengan kita.
Wahai lelaki,jagalah pandangan kita. Memang kadang-kadang bila ada seorang perempuan lawa lagi seksi lalu di hadapan kita,kita rasa rugi kalau tidak tengok tapi ingatlah hadis di bawah:
“Tidaklah seseorang Muslim melihat kecantikan seorang wanita, kemudian dia menundukkan pandangannya, melainkan Allah akan menggantikannya dengan kemanisan dalam beribadah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Abdullah Ibnu Mas’ud juga ada meriwayatkan hadis yang berbunyi:
“Sesungguhnya pandangan itu adalah salah satu daripada panah Iblis yang beracun. Barang sesiapa meninggalkannya kerana takut kepada-Ku, nescaya Aku akan menggantikannya dengan manisnya keimanan yang dapat dia rasakan di dalam hatinya.” (Hadis riwayat at-Tabrani).
Memang rugi tapi itulah pengorbanan yang perlu dibuat untuk mengejar kemanisan iman. Artikel ini tidak bertindak pada lelaki semata-mata,bahkan para wanita juga. Kita seharusnya menjaga pandangan ktia semua kerana dari mata turunnya ke hati dan dibimbangi,dari hati turun lagi ke bawah.
Dalam kes rogol,usah dibahaskan lelaki atau wanita yang patut dipersalahkan andai kesemua antara kita mengikuti dan mentaati ajaran Islam,insya Allah,tiada lagi kes jenayah atau gangguan seksual. Katakan si wanita tidak bertudung,berpakaian seksi,tetapi andai si lelaki sentiasa menjaga pandangannya,apakah rogol itu boleh berlaku? Apa-apa hal dalam masalah dunia,berbaliklah kepada ajaran Islam yang sebenar. Islam bukan setakat agama tetapi Islam juga adalah cara hidup,satu cara hidup yang mampu membawa kita kepada redha Allah.
Apabila sebut tentang redha Allah,patut kita tegaskan dalam akal kita bahawa apa-apa yang diredhai Allah,pasti memberi manfaat dan keuntungan pada diri kita sendiri. Cuba cari satu suruhan Allah yang memudharatkan diri kita? Setakat saya hidup,belum saya jumpa satu suruhan yang memudharatkan kita,biasanya kita sendiri yang memudharatkan diri kita.
Mana taknya,Islam suruh kita sapu muka dengan air untuk berwudhu’ tapi kita basuh muka kita dengan air. Islam suruh kita cepat-cepat berbuka puasa tapi kita perlambatkan dengan doa-doa yang panjang,ambil berkat kata kita. Bila diperhatikan,kita sebenarnya yang memudharatkan diri sendiri.
Pastinya menjaga pandangan itu memberi kebaikan pada diri kita,selain tidak meransang kita daripada mengganggu orang lain,ianya juga mampu menenangkan hati kita. Ayuh,kita jaga pandangan kita,elak daripada melihat perkara maksiat,biar hati kita dekat dengan kebaikan moga kita pun senang melakukan kebaikan.

No comments: