Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Wednesday, February 9, 2011

TiAdA NokTaH CinTa

Biarlah kita berhenti seketika di saat ini,
Walaupun hati ku agak keberatan,
Tapi aku pasti itu adalah yang terbaik,
Kerna ku pasti kehadiran ku akan membuatkan diri mu terleka,
Pernah juga aku terfikir sebelum ini,
Tapi hati ku tidak setabah diri mu,
Untuk meluahkan hasrat yang terpendam,
Akan ku biarkan diri mu mengejar cita-cita yang terpendam,
Kerna itulah harapan ayahanda dan ibunda mu,
Kerna itu juga adalah tonggak diri mu,
Untuk membina kerjaya pada masa akan datang,
Dan untuk membina kehidupan yang lebih mencabar,
Kerna dengan kejayaan sahaja,
Yang mampu kita mengubah segala-galanya,
Dengan kejayaan juga,
Pasti akan dapat membina kehidupan bekeluarga dengan lebih sempurna,
Andai di sana sudah tersurat,
Dirimu hanya untuk ku,
Pasti suatu hari nanti,
Kita akan bersama menjalinkan ikatan kasih ini,
Kerna ini hanyalah persimpangan cinta,
Antara kau dan aku,
Bukan nokhtah cinta kita,
Ketahuilah,
Segala-galanya hanya kehendak dari Allah yang Esa.



No comments: