Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Wednesday, May 25, 2011

PaNDuAn MeMiLiH IsTeRi

"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." - Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a

Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis itu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah.

Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita.

Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar 'sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'.

Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita.

Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno.

Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda.

Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita.

Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis.

Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian.

Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

"Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim." (Hadis riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.)

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis.

Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya atau sudah ternoda.

Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa.

Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.

Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis.

Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri.

Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya.

Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi.

Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti.

Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua.

Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda.

Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga.

Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak.

Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki.

lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah.

Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas.

Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam.

Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu.

Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.

Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama.

Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu.

Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'.

Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

Sunday, May 15, 2011

Saya Kecewa Dengan Awak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Salam awak..
Awak, semalam saya mimpi pasal awak.
Awak gadis yang saya lihat di stesen bas hari itu. Waktu tu, awak berbaju kurung moden warna ‘pink’. Tudung awak warna putih. Suci je Nampak muka awak yang kuning langsat tu. Awak amat manis. Amat ayu. Tu yang buat saya boleh terlupa nak jaga ‘pandangan’..
Saya pun duduk di barisan hadapan awak. Waktu tu, awak tak pandang saya, awak tunduk. Bertambah manis!huu~

Tapi tak lama lepas saya duduk di barisan kerusi hadapan awak, saya dengar bunyi wanita ketawa. Macam tak pernah gelak setahun bunyinya. Saya pusing belakang, terkejut tengok wanita seayu & semanis awak gelak macam tu. Langsung takde rasa malu. Saya kecewa dengan awak. Saya pandang je awak lama-lama. Saya nak awak rasa segan sikit. Tapi awak jeling saya, wat muka yang 'takleh blah' kat saya. Tapi takpe la, sebab sekurang-kurangnya awak berhenti gelak macam tu bila saya pandang awak.

Saya kembali pusing depan, terasa amat sayang jika ada rupa tapi adab kurang. Saya rasa amat kesian dengan awak. Sepatutnya awak mesti rasa malu nak gelak macam tu. huhu.

Tak lama lepas tu, saya tengok ada sorang mamat ni duduk sebelah awak. Korang Nampak amat mesra. Saya bersangka baik yang itu abang awk. Then, saya tengok dia gosok-gosok peha awak. Saya perasan awak macam malu-malu bila saya tengok korang. Peliknya, sebab masih ada lagi abang yang mesra sangatt dengan adik perempuan dia zaman sekarang ni. Takpe, saya masih bersangka baik. Saya anggap keluarga awak amat bahagia sebab tak nampak kekok antara awak & abang awak mesra.

Tapi, tiba-tiba saya terkejut dengar awak cakap macam ni..

''Janganlah abang..ayang segan la..nanti-nanti la..''

Astaghfirullahulazim…beristighfar panjang saya dengar awak cakap macam tu. Tapi memang betul la dia abang awak. ‘ABANG’ yang boleh batal wudhuknya jika bersentuh dengan awak. Sumpah saya amat geli. Saya kecewa dengan awak.

Tak lama pastu, saya tengok korang mula beredar. Baguslah tu, tak payah la korang nak tambah dosa orang lain tengok korang. Sedangkan dosa korang pun tak tertanggung kan? Wallahualam~ saya harap mamat tu bawa awak balik rumah. Jumpa mak ayah awak, nyatakan hasrat nak memperisterikan awak kemudian nikahlah. Korang nak buat apa lepas tu pun, lantak korang la.

Tapi korang datang balik kat kerusi belakang saya. Tak sempat saya nak aminkan doa dalam hati, korang dah buat saya panas hati. Mana tak panas hatinya. Tadi saya tengok awak bertudung, lepas korang da beredar, saya dapat tengok rambut awak. Sayang. Amat sayang. Awak dah jatuhkan maruah awak semata-mata untuk lelaki. Mamat kurang ajar tu pun selamba je pegang tangan awak, belai rambut awak.

Awak nak marah ke saya cakap dia kurang ajar? Memang dia kurang ajar, sepatutnya dia jaga awak kalau betul-betul dia sayang awak. Waktu awak sorang-sorang awak masih bertudung, masih nak tunduk bila nampak saya pandang awak. Tapi bila mamat tu sampai, awak berubah. Dari gadis suci kepada yang ‘no komen’..terkejut tau tengok awak macam tu, tak sangka. Part yang paling best, awak sanggup buka tudung bila bersama mamat kurang ajar tu. Saya kecewa dengan awak.

Awak, apa awak rasa kalau awak nampak suami awak ‘couple’ dengan orang lain, pastu pegang sana pegang sini, dia dah dapat rasa macam-macam kat awek dia tu. Tapi last-last awak kahwin dengan dia. Awak nak ke orang macam tu? Entah-entah awak pun ‘kurang best’ bagi dia. Faham-fahamlah maksud saya kan sebab zaman sekarang ni kalau dah tergedik-gedik sangat pegang sana pegang sini, tak mustahil boleh terlanjur. Pastu dapat anak luar nikah, tak sempat budak tu lahir dah dicampak ke dalam tong sampah. Kebanyakan kes tu berpunca dari orang-orang macam awak la tau tak! Saya kecewa dengan awak.

Awak saya tak benci awak tapi amat kesian pada awak. Takde yang betul-betul menjaga awak. Awak pulak macam bahagia je ‘hanyut’. Saya nak pesan kat awak, jangan jadi punca lemahnya iman kaum adam. Awak, peluang untuk bertaubat itu sentiasa terbuka selagi matahari tak terbit dari barat. Bertaubatlah ye awak. Kalau awak betul-betul bertaubat, Allah akan datangkan jodoh yang sesuai dengan awak. Tak mustahil awak akan dapat jodoh lelaki beriman, jika awak jua beriman padaNya. Lelaki yang beriman itu takkan menolak awak kalau dah korang dijodohkan bersama. Nama pun dah dijodohkan bersama kan, so terima jelah. Lelaki beriman tengok keimanan awak, bukan tengok pada masa silam awak. Semua manusia pernah buat silap. Pintu taubat Allah pula sentiasa terbuka. Saya harap awak akan bertaubat dalam masa terdekat ni. Sebab dunia ni dah tak lama lagi. Takut tak sempat untuk kita bertaubat. Kita sama-samalah mendoakan kesejahteraan masing-masing ye.

Saya bukan nak hina awak tau. Saya cuma nak mengingatkan. Semua yang awak buat tu, dosa pahala nya Allah je yang tahu. Ingatlah di akhirat nanti ‘abang’ awak tu takkan tolong awak untuk jawab soalan-soalan yang Allah persoalkan pada awak.

K la awak. Saya stop kat sini dulu. Semoga pandai jaga diri. Allah sayang awak. Hargailah kasih sayang Allah tu. Manusia hanya melalaikan tapi tak semua tau..manalah tau kot-kot awak jodoh saya, saya nak bimbing awak jadi wanita solehah. Bina keluarga islam. Lahirkan anak-anak yang soleh & solehah & kembali berjumpa di syurga Allah nanti. Kalau awak jodoh saya, saya janji saya terima awak seadanya..hehe :D

Salam tulus ingatan,
Saya Hamba Allah.
Any comments? Hehe. So, girls. Peliharalah harga diri antunna. Pedulikan lelaki yang melabel antunna semua 'jual mahal', 'sombong' dll. Cause yeah, antunna semua memang mahal! Terlalu mahal untuk 'menjadi murah' buat kaum ajnabi. Sedangkan sekuntum senyuman antunna itu pun sudah terlalu cukup tidak layak untuk diberikan kepada seseorang ajnabi, apatah lagi merelakan aurat terdedah dan diri dipegang sewenang-wenangnya. So girls, soal balik diri kita. Di mana posisi Allah dalam hati kita? Lupakah kita Allah itu sentiasa memerhati gerak geri kita sampaikan tidak ada sekelumit pun rasa malu di hati kita untuk melakukan maksiat? Sama-sama kita muhasabah diri kita balik & ingatlah, harga sekuntum mawar di taman larangan tidak dapat dibayar dengan harga berkuntum-kuntum mawar di pinggir jalanan~ Ana, enti dan antunna; kita berukhwah di atas nama Islam, jadi bagi ana ini satu kewajipan untuk beramar maaruf nahi mungkar. Akhirul kalam, ana saayang antunna semua dan antunna pun sayang diri antunna sendiri kan? So lets take care of our iman and hijab! =)
p/s; wah, indahnye dunia kalau my future mr.zauji mempunyai iman seteguh hamba Allah dlm nukilan di atas wink wink^__~

Friday, April 29, 2011

Andai si dia Tahu..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

 Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.


* Ya Allah..bantulah aku...kuatkan diriku dlm mnuju redhaMu..ssungguhnya..smua adalah krnMu..jadikanlah aku dr kalangan hambaMu y sntiasa redha dgn ketentuanMu...amin

Sunday, April 24, 2011

Lelaki Wanita

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

* Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan *

*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? * - ((Tmn2Syurga))

Perbezaan Umur dalam perkahwinan menrut Islam

Menjawab sebuah persoalan menarik dari beberapa orang penyoal tentang apakah pandangan Islam terhadap seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari dirinya.

“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).

Mereka beralasan bahawa Khadijah ra bernikah dengan rasulullah sewaktu umurnya 40 tahun dan rasulullah pula ketika itu baru berusia 25 tahun. Malangnya riwayat ini dhaif (lemah) dan sanadnya tidak ada bukti jelas dan sebaliknya yang diberitahu kepada kita oleh Imam Baihaqi dari riwayat Hakim bahawa rasulullah sewaktu bernikah dengan Khadijah berumur 25 tahun dan Khadijah pula berumur 35 atau 25 tahun dan umur 25 ini lebih tepat memandangkan umur kematian Khadijah pada riwayat yang paling benar menyebutkan ialah pada usia 50 tahun.

Jadi kematian Khadijah pada tahun 9 atau ke sepuluh kenabian (tahun kesedihan) sebelum Isra Mikraj menandakan umur Nabi salallahualahiwasal am berumur 49- 50 tahun lalu jika wafatnya Khadijah pada usia 50 tahun menurut riwayat yang lebih tepat pada Imam Ibn Katsir maka sudah pasti hampir sama sahaja umurnya dengan rasulullah pada ketika itu. (lihat dalam Kitab Dalail Nubuwah oleh Imam Al-Baihaqi dan juga Al-Bidayah Wan Nihayah oleh Imam Ibn Katsir).

Kesimpulannya riwayat yang jelas ialah rasulullah bernikah dengan Khadijah pada usia yang hampir sama dengan tidak ada perbezaan umur yang jauh.

Kembali kepada persoalan utama, apakah pandangan agama kepada perkahwinan umur yang jauh berbeza khasnya bagi wanita yang lebih berusia dari pasangan lelaki ?

“ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya” (Surah Thalaq : 2-3).

Persoalan ini sangat menarik dibincangkan memandangkan ramai wanita yang sudah meningkat umur dewasa masih belum berumah tangga dan kebanyakkan lelaki sebaya sudah pun mempunyai keluarga.

Siti Nurhaliza misalnya sudah pun menjangkau usia 27 tahun sekalipun begitu beliau masih kelihatan cantik dan menawan tetapi siapalah ustaz emran yang jauh lebih muda hendak menaruh hati pada Siti yang cantik rupawan dan pastinya Siti Nurhaliza tidak akan terjatuh hati pada ustaz emran yang tidak ada apa-apa gelaran atau kekayaan dan kekacakkan.

Kebanyakkan wanita yang sudah berusia mengalami tekanan apabila mereka sudah kehilangan calon sebaya atau lebih tua memandangkan dalam usia yang meningkat kebanyakkan lelaki sudah pun siap memasang isteri dua dan tiga.

Pilihan mereka hanyalah lelaki yang lebih muda dan itu pun mereka terpaksa bersaing dengan gadis-gadis muda yang jauh lebih menarik dan cantik.

"Belum tahukah kamu, bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Dia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmat- Nya yang terlihat mahupun yang tidak kelihatan." (Luqman: 20).

Pandangan Islam terhadap Hal Ini

Islam menetapkan bahawa perkahwinan dan pemilihan calon isteri dan suami itu hendaklah pada agama dan akhlak.

“Maka kahwinilah akan kamu dari perempuan itu yang baik bagi kamu” (An-Nisa : 3).

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasa lam : “ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).

Islam tidak menetapkan persoalan umur sebagai ukuran dalam pernikahan dan sepatutnya hal ini jelas bagi lelaki dan perempuan bahawa yang dipentingkan ialah agama.

“ Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al-Baqarah : 185).

Bagi seorang muslim dalam mencari pasangan maka hendaklah melihat kepada agama sebagaimana pesan baginda rasulullah salallahualaihiwasa lam : “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung” (hadith sahih riwayat bukhari dan muslim).

Di dalam hadith riwayat Abu Daud dari hadith Ma’qil ibn Yasar ra mengenai pertanyaan seorang lelaki kepada rasulullah meminta pandangan untuk menikahi seorang perempuan yang cantik, dan berkedudukan tetapi tidak mampu beranak maka dilarang oleh baginda dan disuruh supaya menikahi wanita yang dapat beranak dan melahirkan.

Demikian juga baginda bersabda : “Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah” (hadith sahih, riwayat Muslim no. 3628).

Perempuan yang berusia selama dia masih dara maka dia masih mempunyai kelebihan dan selagi usianya belum sampai waktu putus haid (menopause) dan dapat beranak maka tiada salahnya dalam agama untuk menikahi mereka.

“ Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al-Baqarah : 185).

Sebaliknya banyak kelebihan lelaki muda khasnya yang masih belajar dan belum kukuh kehidupan mereka untuk memilih wanita yang berusia dan sudah matang dan kukuh kedudukan kewangan dan kebendaan kerana dapat membantu mereka dalam kehidupan.

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).

Cadangan dan Nasihat

Adalah digalakkan bagi lelaki muda sekiranya mereka bertemu dengan wanita yang berusia tetapi beragama dan berakhlak supaya menikahi wanita tersebut demi menyelamatkan agama dan menunaikan keperluan fitrah manusia di samping mendapat faedah keduniaan.

“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48).

Bagi wanita yang sudah berusia dan berumur serta bekerjaya tidak ada masalah dan tidak ada aibnya bagi mereka menikahi lelaki muda khasnya yang masih belajar disamping dapat memenuhi keperluan fitrah masing-masing mereka juga dapat membantu para pemuda yang baru hendak membina kehidupan atau sedang melanjutkan pengajian.

“ Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan” (Al-hajj : 78).

Pelajar lelaki di universiti, maktab dan sekolah sekalipun sudah sangat ramai dan sudah besar-besar untuk menjadi calon suami. Hari ini kita melihat rata-rata pelajar lelaki di sekolah menengah sudah tahu apa itu seks dan bukan sedikit yang sudah melakukannya dengan rakan pelajar perempuan dan mengandungkan anak luar nikah.

“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).

Mengapa tidak dibiarkan mereka ini berkahwin sahaja ? Apa salahnya seorang muslimah yang berusia dan sudah bekerja berkahwin dengan pelajar lelaki sekolah menengah ? Selain muslimah ini dapat menjadi isteri yang baik bahkan sebaliknya muslimah ini dapat membimbing pelajar lelaki itu menjadi pelajar yang cemerlang, membantu dalam pelajaran baik dari sudut bimbingan akademik, kehidupan dan juga membantu dalam aspek kewangan.

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun" (An-Nisa':124) .

Cukuplah kita pada pertunjuk dari sabda baginda rasulullah : “Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Qur’an) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).

Pelajar lelaki yang akan mengambil SPM misalnya jika memiliki isteri yang sudah bekerja sebagai pegawai bank selain isterinya dapat membantu dalam pelajaran, membantu dalam kehidupan, masa pelajar ini juga terselamat dari lepak, dan gejala-gejala negatif.

“Allah mengehendaki kemudahan bagi kamu dan sesungguhnya diciptakan manusia itu dalam keadaan yang dhaif (lemah)” (Surah An-Nisa : 27).

Lebih menarik pada waktu usia remaja ketika kelenjar naluri syahwat sedang memuncak pelajar lelaki ini dapat pula menikmati seks halal dan berkah dan si isteri pun bukankah dapat menikmati pucuk muda ? Kemudian dengan akal yang sihat dan fitrah yang terpenuhi serta memiliki guru dan penasihat peribadi yang juga bergelar isteri bukankah pelajar ini akan lebih mudah mencapai kecemerlangan ?

Bahkan disebut oleh baginda rasulullah : “ Sesungguhnya pada persetubuhan kamu dengan isteri kamu itu sedekah” Maka ditanya oleh sahabat apakah pada persetubuhan yang memuaskan syahwat itu sedekah ? maka dijawab oleh baginda : “Apakah kamu tidak melihat bahawa apabila seseorang meletakkan zakarnya pada yang haram itu termasuk satu dosa ? maka demikianlah jika diletakkan pada yang halal maka itu baginya pahala” (hadith sahih riwayat Muslim).

Demikianlah juga bagi pelajar-pelajar di universiti yang sedang belajar seandainya mereka bernikah dengan wanita yang lebih berusia dan sudah bekerjaya maka disamping mereka dapat memenuhi keperluan fitrah bahkan mereka dapat dibantu dari aspek kewangan, kehidupan dan bimbingan nasihat dari seorang yang lebih berpengalaman.

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepada mereka kehidupan yang baik" (An-Nahl:97) .

Mengubah Pemikiran Lapuk dan Jahiliyah

Pemikiran masyarakat yang menyalahi kitab dan sunnah hendaklah diabaikan dan sewajarnya dalam ketenatan umat Islam berdepan pelbagai masalah sosial umat Islam wajar kembali kepada Al-Qur’an dan sunnah dan melemparkan adat-adat jahiliyah ke dalam bakul sampah lalu kemudian dibakar dan debunya di tanam lalu dilupakan.

“Dan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).

Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan” (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim).

Apa salahnya wanita meminang lelaki ?

Dalam artikel yang sebelum ini kita sudah membincangkan tentang tiada salahnya wanita meminang lelaki dan hal ini sabit dalam syarak dan juga dilakukan sendiri oleh wanita pertama Islam iaitu Khadijah ra. Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra : “Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).

Bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasa lam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasa lam dan menawar dirinya demi kebaikan” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).

Apa Salahnya Wanita Menanggung dan Menyara Lelaki ?

Di dalam Islam melakukan kebaikan dan kebajikan tiada bezanya untuk lelaki dan perempuan dan masing-masing akan menerima ganjaran kebaikan dan pahala. Berkenaan seorang wanita yang berusia dan sudah bekerjaya misalnya sekiranya berkahwin dengan lelaki yang masih muda dan masih belajar maka apakah aibnya dan apakah masalahnya jika dia yang menyara suaminya ?

Sabda baginda rasulullah : " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).

" Sungguh sangkaan mereka langsung tidak membawa manfaat pada mereka (dalam membawa mereka) kepada kebenaran sedikitpun" (Surah Yunus : 36).

Di samping wanita yang sudah bekerjaya dan berkemampuan itu dapat membantu suami yang masih belajar maka dia juga mendapat pahala berlipat kali ganda dari biasa apabila menyara dan menanggung suami yang masih muda dan masih belajar.

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).

Ini disebabkan dia bukan sahaja mendapat pahala berkhidmat kepada suaminya bahkan mendapat pahala sedekah dan juga pahala kerana menyumbang bakti di jalan agama khasnya menyumbang kepada pelajar ilmu.

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun" (An-Nisa':124) .

Malangnya masyarakat akan memandang serong kepada perihal lelaki yang hidup dan makan di atas titik peluh isteri dengan ditambah para wanita hari ini kebanyakkannya suka mengungkit dan cepat mengeluh.

“Dan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).

“Sesungguhnya tidaklah mereka itu buta mata mereka tetapi sebaliknya yang buta itu ialah hati mereka” (Al-Hajj : 46).

Nasihat kepada para wanita yang inginkan syurga dan menyelamatkan diri dari azab Allah swt maka hendaklah mereka menjadi wanita yang solehah dan sebagai jalan keluar bagi tekanan fitrah maka nikahilah para lelaki muda yang mudah dan dapat dibantu oleh kalian.

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).

Nikahilah para pelajar agama, bantulah mereka di jalan dakwah dan jadilah isteri yang solehah kepada mereka dan jadilah kalian seperti Khadijah yang membantu dakwah dan perjuangan dengan harta dan jiwa raga.

Apa salahnya Wanita dimadukan dan dipoligami ?

Wanita yang berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari mereka perlulah bekorban dan menyedari bahawa usia mereka yang lanjut pastinya akan mengurangkan rasa kurang selesa dan senang di sisi suami apabila mereka telah hilang kecantikan dan kesegaran sebagai wanita.

Apa salahnya mereka dimadukan ? Mengapa mesti bencikan poligami dan menghalang suami bernikah lagi ?

“Wahai manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu dari berbangsa-bangsa serta bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang mulia di sisi kamu ialah yang paling bertaqwa” (Al-hujurat : 13).

Seandainya suami tidak mampu dari sudut kewangan untuk bernikah lagi maka mengapa tidak dibantu sahaja si suami yang masih muda dan gagah untuk berkahwin lagi ? Apakah sukar mengeluarkan wang simpanan milik peribadi untuk diberi kepada suami supaya dapat berkahwin lagi ?

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).

“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (surah : at-taghabun :16).

Hal ini tentu sahaja sukar bagi wanita yang hatinya dibelit dunia dan kecintaan kepada akhiratnya sangat sedikit dan keimanannya pula tipis. Sama sahaja perihalnya dengan Allah menyifatkan solat itu sangatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk.

“ Mohonlahlah kamu kepada Allah dengan sabar dan solat dan sesungguhnya yang demikian itu sangatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” (Al-baqarah : 45).

Adapun bagi wanita yang beriman dan solehah, mereka tanpa segan silu mengeluarkan wang simpanan kerja (KWSP) untuk diberi kepada suami sebagai modal untuk bernikah lagi supaya suaminya dapat bergembira dengan umur yang masih muda dan gagah moga dengan perkahwinan baru dapat menambah zuriat dan anak-anak generasi Islam yang dia tidak mampu lagi berikan kerana usia yang sudah meningkat.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman yang mengerjakan amalan soleh serta mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan bagi mereka itu pahala di sisi tuhan mereka dan tidaklah ada ketakutan ke atas mereka dan tidaklah mereka berdukacita” (Al-Baqarah : 277).

Atau dengan pengorbanan itu si suami mampu dapat lebih semangat dan gigih berusaha untuk dakwah dan mentaati Allah dan rasul dan lebih kukuh berpegang kepada agama.

“Jika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..” (An-Nur : 24).

Wanita yang beriman sedar bahawa di akhirat tidak akan ada cemburu dan hasad, bahkan di akhirat sekiranya berjaya ke syurga yang abadi manusia di sana tidak punyai sedikit keluh kesah dan si suami akan bersama puluhan bidadari dan dia sendiri akan dimadukan oleh Allah dan yang paling penting ialah mendapat redha ilahi dan berbakti kepada suami termasuklah salah satu jalan mutlak kepada ilahi.

“Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhirat” (Ali-Imran : 152).

Dapatlah difahami bahawa wanita yang berusia dan berkahwin dengan lelaki muda perlu melakukan beberapa pengorbanan dan sebagai hasilnya mereka akan mendapat pelbagai kehormatan dan kemuliaan di dunia dan di akhirat.

“ Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri.” (Surah Al-Isra : 15).

Kesimpulannya perkahwinan berbeza usia khususnya bagi wanita tidaklah mempunyai apa-apa mudharat dan sebaliknya jika wujud kelebihan dan kebaikan maka ianya sangat digalakkan dan dianjurkan supaya fitrah manusia terpenuhi.

“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila keluar, syaitan akan menghiasinya.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan disahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).

Apa salahnya seorang lelaki yang masih muda bernikah dengan wanita yang lebih berusia ? Seterusnya jika wanita itu sudah hilang kecantikan dan kemanisan wanita maka dia lelaki muda itu masih dapat berkahwin lagi sehingga dia merasa cukup dan puas dengan Islam memberi had sehingga 4 orang isteri selama dia dapat berlaku adil.

Diriwayatkan oleh Fadholah ibn Ubaid ra yang menyebut beliau mendengar baginda rasulullah bersabda : “Berbahagialah mereka yang diberi hidayah Islam dan hidup dengan bercukupan dan bersederhana” (hadith sahih riwayat tirmidzi ).

Isteri yang solehah pastinya dapat membantu suaminya dan membimbing suaminya dalam hak keadilan dan menolong suaminya mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Mereka sentiasa bekorban kepentingan diri demi kebahagiaan suami dan tidak terlalu berkira , tidak cerewet dan tidak tamak akan dunia dan kebendaan.

“ Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya” (Surah Al-An’am : 38).

Islam telah memberi pelbagai jalan penyelesaian malangnya manusia itu sentiasa degil dan mengikut jalan kesesatan dan hawa nafsu yang menyesatkan.

“ Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepada-Nya aku bertawakkal dan kepada-Nya aku kembali” (Surah Hud :88).

Segala puji hanyalah bagi Allah.

Oleh : Ustaz Emran