Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Wednesday, January 30, 2013

JODOH - usah mencari yang terlalu sempurna

Jika kamu memancing ikan… Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu… Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga…setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang… Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya… Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu… Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh…cukuplah sekadar keperluanmu… Apabila sekali ia retak…tentu sukar untuk kamu menambalnya semula… Akhirnya ia dibuang… Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi… Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya… Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa… Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya… Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya…. Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu… Mengenyangkan – Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan… KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya… Lalu kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU… Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan… KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain… Lalu kamu juga yang akan MENYESAL…!! Salam Sayang ... :-)

Monday, December 10, 2012

Cinta kita ~ betul ke tidak caranya ?

Tidak salah meluahkan rasa cinta di hati kita. Kalau sudah berkenan, nak buat macam mana. Usahlah dipendam disimpan sampai hidup terganggu dan tak boleh buat kerja. Luahkan, nyatakan, beritahu biar terang. Barulah rasa tenang. Itukan fitrah, tiada siapa boleh halang. Tetapi, biarlah diluah pada orang yang sepatutnya. Memberitahu terus terang kepada walinya adalah tindakan paling gentleman dan romantik. Kalau jadi kahwin, comfirm akan jadi kenangan manis sampai mati. Ramai orang pendam perasaan cinta, kemudian hidup dalam anganan berpanjangan. Layan jiwa katanya. Ramai juga orang, luah perasaan pada anak dara orang tapi sembunyikan dari walinya, kemudian hidup bermain cinta dan larut dalam maksiat entah ke mana. Sebenarnya, tindakan kitalah yang menentukan salah betul. Jatuh cinta, beritahulah, risik dengan betul, kalau tidak diterima tak mengapa, tidak hilang kemuliaan kita. Kalau diterima alhamdulillah, boleh diteruskan di atas jalan yang sepatutnya. Cinta tidak salah, asalkan betul cara acuannya.

Thursday, December 6, 2012

Semua perempuan didunia ini ada kekurangan

TAFSIR AL-AZHAR ( HAMKA ) Semua perempuan didunia ini ada kekurangan, ada cacat cela yang tidak menyenangkan hati suaminya. Maklumlah perempuan adalah manusia, bukanlah malaikat. Beliau menegaskan bahawa isteri bukan sahaja teman hidup, malah dia adalah pakaian suami, dan suami adalah pakaiannya. Dalam mengharungi kehidupan ini bukan sahaja isteri sendiri, bahkan segala yang kita temui ada yang tidak menyenangkan. Tetapi ternyata itulah yang terbaik buat kita.

Wednesday, December 5, 2012

♥ Jika RINDUKAN SESEORANG

~ ♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : " Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. ✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.. ✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi.. ✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.. ✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.. ✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.. p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥ ~✿..Maka jika nantinya kita TIADA JODOH, mungkin saya tidak cukup baik untukmu..pasti ada WANITA lain yang LEBIH BAIK untukmu..dan YAKINLAH, jika memang diriku adalah pasangan dari tulang rusukmu, maka tanpa kamu minta untuk tidak BERKENALAN dengan orang lain pun, saya akan TETAP menjadi pendampingmu..kerana saya yakin TULANG RUSUK tidak akan BERTUKAR..(✿◠‿◠) ♥ ♥ ♥

Monday, February 27, 2012

Adakah perbezaan antara sahabat dan kekasih?


Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah.