Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tuesday, March 29, 2011

Nota Cinta Buatmu Bakal Suamiku

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.", getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.
Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.
"Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…", bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.
"Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...", tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.
Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa'. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.
Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.
"Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...", hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.
Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.
Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.
"Astaghfirullahal azim.. Alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…", syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.
Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.
Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari'ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.
Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.
Salam perkenalan buat saudari Sa'adatul Sakinah...
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.
Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.
Ikhlas, Izhar...
Wassalam saudaraku Muhd Izhar...
Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...
Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.
Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…
"Astaghfirullahal 'azim... Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..", doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.
Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.
Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...
Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Miss Amy melalui Forum Tentang Cinta.

Di SeMpAdAn HiJaB

Kepalaku terasa sakit, aku berdiri dan membuka mataku perlahan-lahan cuba melihat keadaan sekeliling. Aku dikelilingi kepulan asap seakan-akan kepulan awan. Dimanakah aku berada? Baru sebentar tadi aku cuba untuk memetik bunga Ros yang cantik berwarna ungu. Aku bingung memikirkan apa yang telah berlaku. Jiwaku bercelaru.
"Jangan bimbang Hidayu.. aku yang bawa kamu kemari", aku lantas berpaling kearah suara itu. Seorang lelaki perkasa berdiri di belakangku, tersenyum segak. Pakaiannya seakan-akan pahlawan kurun ke-15. "Kenapa awak bawa saya ke sini?", soalku gentar. "Aku sudah lama perhatikanmu Puteri ku", jawabnya jujur sambil menundukkan wajah ke tanah. "Tapi kenapa?", soalan ku tidak terus dijawab. Dia lantas datang ke arah ku berwajah serius, "Kerana aku cinta kamu". Aku membeliakkan mata. Dia tersenyum lalu memetik bunga Ros berwarna ungu yang berada di sebelah ku lalu memberikannya kepada ku. "Petiklah bunga ini jika kamu ingin bertemu dengan ku, keluarlah mengikut arah cahaya itu", katanya sambil menunding jari ke arah cahaya putih yang menyilaukan mata. Aku memandang ke arah cahaya itu dan berpaling semula ke arahnya, dia telah pun ghaib dari pandangan. Aku yang masih lagi kebingungan lantas berlari melalui cahaya putih tadi. Mataku terasa sakit. Aku memejamkan mata, terasa pawana meniup halus melanggar pipiku. Aku membukakan mata, kelihatan kanak-kanak berlari anak dihadapan rumahku. Disinilah tempat terakhir aku berdiri sebelum di bawa ke sempadan hijab sana. Entah apa nama tempat tadi aku pun tak pasti, yang pasti aku masih lagi dalam kebingungan. "Kerana aku cinta kamu", kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Siapakah pemuda tadi? Bila masa pula dia memerhatikan aku? Seingat aku, aku tak pernah pun melihat dia di kampung ini. Dalam aku berkira-kira akhirnya aku terlena.
Pagi itu setelah selesai menolong ibu mengemas dan memasak, aku pergi lagi ke belakang rumah. "Petiklah bunga ini jika kamu ingin bertemu denganku", suara pemuda itu seakan angin yang meniup datang memperingatiku. Aku tercari-cari bunga Ros ungu itu. Aku harus bertemu dengan pemuda itu, aku mahu kan jawapan darinya. Mataku meliar tercari-cari bunga itu. Akhirnya mataku tertumpu ke arah bawah pohon beringin, bunga Ros ungu itu bercahaya seakan-akan memanggilku agar segera memetiknya. Aku mempercepatkan hayunan langkah, sampai sahaja betul-betul dihadapan bunga itu terus sahaja aku memetiknya. Terasa dingin menyelubungi diri, keadaan sekitar berubah seakan-akan berada di dalam sebuah taman yang cukup indah. "Assalamualaikum Puteriku", suara pemuda kelmarin kedengaran lagi. Aku berpaling dan disambut senyuman manis olehnya. "Walaikumsalam", aku hanya tersenyum tawar. "Aku tidak menyangka kamu akan kembali lagi ke sini Hidayu", katanya sambil menyilangkan tangannya kebelakang. "Saya cuma nak penjelasan dari awak, kenapa awak cakap yang awak cintakan saya?", soalku keliru. Senyuman manisnya dilemparkan ke arah air terjun yang sedari tadi turun mencurah-curah. Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara, "Aku sudah lama memerhatikanmu Hidayu, kau cantik dimataku". "Tapi saya tak nampak awak pun, kenapa selepas petik bunga Ros ungu baru boleh nampak awak?", soalku bertalu-talu. "Kerana kita dipisahkan oleh dua hijab yang berbeza.. Namun cinta tak mengenal siapa", jelasnya lagi. Aku terdiam mengerti. "Ayuh kita ke rumahku", pelawanya tersenyum kacak. Aku hanya mengikutinya tanpa banyak bicara.
"Inikah gadis yang kau maksudkan itu Iskandar?", soal seorang wanita separuh abad dihadapanku. 'Oh, Iskandar namanya', getus hatiku. "Ya bonda, inilah Hidayu gadis pilihanku", jawabnya penuh adab sopan. "Kau harus mengerti, kita berlainan dunia anakku", wanita itu seakan memujuk. "Tiadalah yang lain mampu untuk ku cintai bonda", suara Iskandar mendatar. Aku hanya terdiam memandang kedua beranak itu berdialog. "Tak mengapalah marilah kita menjamu selera dahulu", wanita itu mempelawa. Kami menuju ke dapur dan menikmati hidangan makanan tengahari, anehnya makanannya sama seperti makanan penduduk di dimensi ku. Terataknya juga sama, tidak jauh beza. Cuma pertuturan mereka seakan-akan di zaman Hang Tuah. Aku seakan teruja, langsung tidak menyangka dapat melihat sendiri kehidupan makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar ini. Subhanallah, begitu besar kuasa Allah pencipta.
Iskandar membawa ku bersiar-siar di taman, dia menghadiahkan ku sebentuk cincin emas yang sangat cantik. "Inilah tanda kasih ku padamu Hidayu", katanya jujur tersenyum kacak menampakkan lesung pipit di pipi kiri nya. Aku hanya tersenyum dan seakan sudah jatuh cinta. Manakan tidak, dia melayani ku bagaikan seorang puteri. Tutur katanya lembut dan sopan. Ayat-ayat cinta yang keluar dari mulutnya membuatkan aku seakan dihanyutkan lautan samudera. "Hidayu, hari sudah petang eloklah kiranya kamu pulang dahulu", katanya jujur. Aku hanya mengganguk tanda setuju dan mengikutinya ke tempat bercahaya terang itu. Aku berpaling memandangnya sebelum melangkah kearah cahaya, "Is, aku juga cinta padamu". Ternampak garis-garis gembira pada riak wajahnya, aku berpaling dan berlalu pergi.
Aku muncul di bawah pohon beringin, nasib baik lah hari masih cerah. Kalau tidak Ibu dan Ayah pasti mengesyaki sesuatu. Aku cepat-cepat menuju ke rumah, Ayah dan Ibu masih di ruang tamu. "Ayu, kamu kemana? Dah dua hari asyik hilang macam tu aje, dah nak dekat maghrib baru nampak batang hidung". Ayah sudah mula menyoal. "Ayu jalan-jalan ke rumah kawan", jawab ku lalu terus masuk ke dalam bilik. "Jangan ke belakang rumah sudah, tempat tu bukannya elok", kata Ibu pula menyambung. Aku hanya buat tak endah, biasalah orang tua-tua sengaja menakut-nakutkan anak mereka sebagai peringatan supaya berhati-hati.
Malam itu aku terus masuk tidur sedangkan keluargaku menjamu selera di dapur, aku mengenggam erat cincin pemberian Iskandar yang berbentuk seakan-akan bunga Ros ungu di belakang rumah. Wajah Iskandar menerpa di ruangan mata ku, senyuman manisnya menyerikan hidup ku dan cintanya memenuhi kekosongan hati ku. Iskandar sungguh istimewa, tidak ada seorang pun lelaki sepertinya. Dia sempurna di mataku.
Matahari menerjah di tingkap bilik menyilaukan mata ku, aku terus bangun bersiap-siap untuk bertemu dengan Iskandar kekasih hati. Melihatkan Ibu dan Ayah tiada, aku terus ke bawah pohon Beringin dan memetik lagi bunga Ros ungu untuk ke sebelah hijab sana. Iskandar masih setia menunggu ku di tempat yang sama, kami seakan terlena dibuai cinta dua dimensi yang berbeza. Begitulah setiap hari kami bertemu, sedar tak sedar sudah hampir sebulan kami memadu asmara, kasih ku padanya sudah tak terhitung banyaknya. Iskandar juga begitu, setiap saat berjanji untuk sehidup semati bersama dan meminta agar aku sentiasa setia dengan cinta kami.
"Hidayu, sudikah kamu menjadi suri hidupku?", soalnya tiba-tiba. Aku hanya tersenyum malu lalu melangkah menuju ke arah air terjun yang jernih. Iskandar mengikuti ku dari belakang. "Mengapa kamu berdiam diri?", soalnya seakan cemas. "Is. . saya beri jawapan esok boleh?", kataku meminta kebenaran. Iskandar hanya mengganguk perlahan dan tersenyum manis tanpa memaksa. Itulah sikapnya yang membuatkan aku jatuh cinta. Dia benar-benar seorang lelaki yang budiman dan berpegang teguh pada ajaranNya. Setiap hari pasti aku diajak berjemaah bersama dia dan ibunya di rumah.
Malam itu selepas makan malam, aku terus melangkah laju ingin menuju ke kamar. Tiba-tiba sahaja Ayah memanggil ku. "Ayah nak tanya sedikit, ayu buat apa kat belakang rumah siang tadi?", soal Ayah serius, Ibu yang duduk di sebelah Ayah pula tiba-tiba menitiskan air mata. "Ayu jalan-jalan Ayah", jawabku tersekat-sekat. "Jangan tipu, ayah nampak Ayu pergi ke pohon beringin petik sesuatu.. tapi Ayah tak nampak pun apa yang Ayu petik, lepas tu tiba-tiba ghaib", terang Ayah yang membuatkan ku terkedu seketika. Aku menelan liur. Tembelang ku sudah pecah. "Ayu tahu tak bawah pohon beringin tu tempat orang bunian?", soal Ayah lagi. Aku hanya mengganguk tanda faham. "Maknanya Ayu dah jumpa orang di sebelah sana?" Aku mengganguk lagi. "Ayu tahu tak kalau ada yang berkenan dan kahwin dengan Ayu, mungkin Ayu tak boleh balik ke dimensi kita lagi?", ayah memandangku sayu. "Pernah terjadi di dalam keluarga kita Ayu, nenek Su kamu tidak pernah lagi pulang ke sini sejak berkahwin dengan orang di sebelah sana", ibu menambah. Kali ini aku terkejut besar, bagaimana kalau ianya terjadi kepadaku? Apakah aku sanggup meninggalkan keluarga sendiri demi cinta terhadap lelaki yang berlainan dimensi? Aku memandang sayu cincin pemberian Is, tak semena-mena air mataku jatuh membasahi pipi. Ayah menghampiriku dan mengusap lembut rambutku. Ibu juga datang menghampiri untuk melihat keunikkan cincin dimensi sana.
"Pulangkan semula cincin ini, Ayah doakan kamu selamat pulang", ujar Ayah yang mengiringi ku ke pohon beringin. Aku memetik bunga Ros ungu lalu ghaib di mata Ayah. Iskandar hadir dengan sekuntum bunga Ros ungu, dia kemudiannya menghadiahkannya kepada ku. "Jawapanmu?", soalnya tidak sabar. "Is, saya cintakan kamu", kataku sayu. Tidak semena-mena air mata ku jatuh berlinangan.
Iskandar menghampiri dan mengusap lembut pipiku. "Mengapa?", soalnya kehairanan. "Iskandar, kita berasal dari dua dunia yang berbeza.. saya tak mahu berpisah dengan keluarga", jelas ku sayu. "Mana mungkin aku mampu hidup tanpa kamu Hidayu", suara Is terketar-ketar menahan sebak. "Sungguh aku menyintaimu", sambungnya lagi. "Saya pun begitu, tapi kita tak dapat melawan hukum alam sayang", jelasku sambil mengesat air mata yang sedari tadi turun mencurah-curah. Lalu ku memulangkan semula cincin pemberiannya. "Hidayu, benarkah keputusan mu begitu?", soalnya serius. Aku hanya mengganguk perlahan, esakan semakin kuat. Iskandar menghampiriku, dia memegang bahu ku lalu mengucup dahi ku tanda kasih. Aku memejamkan mata seeratnya, terasa titisan air mata Iskandar hangat membasahi dahi ku.
Aku membukakan mata, ternyata aku sudah kembali ke alam nyata. Ayah dan Ibu sedang menanti di belakang rumah, aku memandang sayu ke arah pohon beringin, tiada lagi Ros ungu disitu. Yang masih berbekas hanyalah titisan air mata Iskandar di dahiku. Sambil berlari anak menuju ke rumah, aku menangis semahunya. Hatiku hancur berkecai saat meminta perpisahan dari nya, aku terlalu menyayangi Iskandar. Ingin sahaja aku mengundurkan masa yang masih berbekas tadi menatap puas wajahnya yang bersih itu. Aku menoleh semula ke arah pohon beringin tadi. Ternyata Iskandar ada di situ melambai sayu, kelihatan titis-titis jernih terbit dari kelopak matanya. Semakin lama susuk tubuhnya semakin kabur lalu hilang dari pandangan. Sukarnya untuk ku berpisah denganmu Iskandar, ternyata cintamu berbekas di hatiku.
Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Nur Izzaidah Bt Karim.

MeMo BuAt Si BeLaNgKaS

www.iluvislam.com
Dihantar oleh: Ikhwan
Editor: Erma Farida


Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat menular di sana sini. Gadis hilang harga diri. Pemuda meratah dara sesuka hati. Anak pungut merata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda? Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialah yang mengotorinya.

Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!

Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah sahaja? Boleh khalwat lama-lama.


"Ingat nikah tu senang?!" Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta. Sama ada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini. Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya. Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuab asing hanya boleh dinikmati selepas berumah tangga. Ingat tu!


Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, dalam urusan jodoh, apa pun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang). Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis.


Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang menghampiri zina lagi tidak diredhaiNya.




Khusus buat pemuda-pemudi yang sedang dilamun cinta,

Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam lautan cinta. Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang, demi untuk meneruskan belajar atau mengejar cita-cita.


Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.


Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya. Pemuda selalu bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betulkan ya syabab?


Kerisauan ini lumrah... ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggungjawab. Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup sendiri pun sukar dibiaya apatah lagi membiayai hidup orang lain.


Faktor ini membuatkan sang pemuda takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani hidup.


Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin :


        "Dan nikahkanlah orang yang sendirian antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia_Nya, dan Allah maha luas pemberian_Nya lagi maha mengetahui."
(An-Nur : 32)


Nah, itu jaminan Allah. Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?

Umar al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi: " Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya."

Nabi Muhammad s.a.w juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a : "Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang." (riwayat Bukhari dan Muslim)


Tidak hairanlah Ibnu Mas'ud pernah berkata, "Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan," kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah An-Nur, ayat 32. Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.


Buat kaum Hawa,


Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walauapapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.


Buat syabab,


Rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda : "Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik." (Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain)


Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk seorang anak. Percayalah!


Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah (pertunangan).


Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina.


Laksanakanlah ikatan dengan mana paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a menjelaskan, "Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah memudahkan peminangan dan kemudahan maharnya". (Riwayat Ahmad)


Oh, kaum Hawa!


Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!


Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah pada_Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.


"Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu berpuasalah." (Riwayat Bukhari)

                                                       

SaYa SaYaNg AwAk PaRt 1

Cerpen dari mawwar_sakinah berkisarkan cinta antara muslim dan muslimah yang berpegang teguh pada agama, cinta yang dipandu berlandaskan tata tertib islam, tetapi....baca jelah..hehehe...


Awak, saya sayang sangat kat awak. Saya impikan pelbagai impian yang indah-indah belaka dengan awak. Waktu awak cakap awak cintakan saya, saya rasa macam tak caya. Saya rasa saya beruntung sangat sebab awak jatuh cinta dengan saya. Saya terlalu banyak kelemahan jika nak di bandingkan dengan wanita-wanita lain. Ntah la. Walaupun dah berkali-kali awak tegaskan awak memilih saya kerana saya sangat istimewa di mata awak, namun saya tetap rasa kerdil jika nak dibandingkan dengan awak. Mana taknya, awak sangat popular kat tempat awak belajar. Melalui kenalan saya yang belajar satu universiti dengan awak, awak ramai sangat peminat. Awak seorang yang baik dan mudah mesra dengan sesiapa pun. Tak hairanlah kalau awak menjadi pujaan pelajar-pelajar perempuan kat universiti termasuk kat universiti saya sekali. Awak ingat tak masa awak datang kat universiti saya untuk menyertai pertandingan pidato, cukup ramai pelajar-pelajar perempuan dari pelbagai universiti cuba menarik perhatian awak. Tapi saya tengok awak tak cuba mengambil kesempatan pun. Awak Cuma tersenyum bila kawan-kawan awak usik awak. Time tu terserlah lesung pipit awak kat pipi kiri awak. Awak nampak sweet sangat. Selama tiga hari awak kat universiti saya, saya Cuma pandang awak dari jauh je. Nak tegur saya malu. Apa yang paling buat saya makin jatuh cinta dengan awk ialah kemerduan suara awak masa awak melaungkan azan. Sungguh... saya benar-benar jatuh cinta dengan alunan azan yang awak laungkan. Rasa syahdu sangat sampai bergenang air mata saya time tu. Saat tu hati saya mula membisikkan sesuatu. Saya benar-benar dah jatuh cinta dengan awak.




Saya ingat lagi peristiwa yang membuatkan mimpi saya menjadi kenyataan. Awak ingat tak hari terakhir awak kat universiti tempat saya belajar? Lepas solat subuh kat masjid saya cepat-cepat bergegas nak balik asrama saya sebab subuh tu nampak macam nak hujan. Saya tak bawa payung, jadi saya kena cepat-cepat balik bilik. Tapi, belum pun setengah perjalanan saya, hujan turun lebat sangat, siap dengan angin yang kencang, guruh dan kilat lagi. Saya dah tak tentu arah time tu sebab saya takut sangat dengan bunyi guruh. Lagipun saya sedang jalan kat kawasan padang rumput, jadi saya tak dapat berteduh kat mana-mana. Dari jauh saya nampak pondok rehat kat tepi pokok rambutan yang selalu saya lepak time petang. Saya cepatkan langkah saya sebab nk cepat-cepat sampai kat situ. Kalau boleh saya nak berteduh kat situ sampai baju saya kering. Tiba-tiba saya tersepak batu dan jatuh. Lutut dan tapak tangan saya luka sebab terkena batu yang tajam kat tepi padang tu. Saya bangun dan teruskan langkah kat pondok tu. Sampai kat pondok tu saya nangis teresak-esak sebab saya takut bunyi guruh. Lagipun lutut dan tapak tangan saya sakit sangat sebab luka. Bayangkan saya duduk sorang2 kat pondok tu. Dah la cuaca masih gelap. Saya takut sangat-sangat.



Tiba-tiba saya dengar suara orang tegur saya. Bila saya toleh belakang, rupa-rupanya awak. Saya rasa malu sangat time tu. Saya kesat airmata saya cepat-cepat. Dari ekor mata saya, saya nampak awak tersenyum. Dalam hati saya mula terfikir macam-macam. Adakah awak akan anggap saya macam budak-budak sebab nangis? Saya termalu sendiri. Kemudian saya tengok awak seluk poket seluar awak. Awak keluarkan sapu tangan awak dan awak bagi kat saya. Awak suruh saya lap luka saya yang berdarah tu. Tak cukup dengan tu, awak bukak sweater yang awak pakai dan bagi kat saya. Baju saya yang basah menyebabkan bentuk tubuh saya terpamer. Jadi saya cepat-cepat pakai sweater awak. Awak memang seorang yang baik. Saya bersyukur sebab awak ada kt situ waktu tu. Sekurang-kurangnya saya tak rasa takut sangat. Lepas saya dah bersihkan luka saya awak mula sembang dngan saya. Mula-mula awak tanya nama saya, lepas tu latar belakang saya, lepas tu tentang kos yang saya ambil kat universiti dan kemudian kita sembang tentang isu-isu semasa. Dalam diam saya gembira sangat sebab saya tau macam-macam tentang awak. Setiap patah ayat yang awak bagi tau saya seolah-olah melekat dalam kotak fikiran saya. Rupanya, awak anak tunggal tapi awak ada adik beradik tiri. Awak berasal dari pantai timur. Ibu bapa awak dah bercerai dan awak tinggal dengan ibu awak yang bekerja sebagai seorang guru besar di sana. Saya dapat rasakan awak sedih bila awak mula berbicara tentang keluarga awak. Walaupun saya bukan dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah, tapi saya faham perasaan awak. Bila hujan dah berhenti, saya cepat-cepat nak minta diri sebab saya ada hal. Saya serba salah nak bagi balik sweater dan sapu tangan awak.Mana tidaknya, sweater awak dh basah dan saputangan awak dah kotor dengan darah. Bila saya tanya kat awak, awak terus tersenyum. Awak suruh saya guna sweater tu untuk balik dan pulangkan kat awak balik suatu hari nanti. Awak minta nombor telefon saya sebab awak cakap awak nak pastikan saya pulangkan sweater adidas awak yang mahal tu. Saya tersenyum mendengar kata-kata awak.



Selang dua hari lepas kejadian tu saya terima panggilan telefon dari awak. Saya gembira sangat2. Sejak tu kita start saling berhubung. Kalau sehari saya tak dapat mesej dari awak saya rasa gelisah semacam ja. Saya suka dengan perwatakan awak. Awak nampak matang sangat. Perbezaan umur kita Cuma setahun ja. Tapi saya rasa macam 10 tahun sebab awak matang sangat. Mungkin sebab awak anak tunggal. Jadi awak mesti berdikari untuk menjaga umi awak selepas ayah awak tinggalkan umi awak. Lepas sebulan kita kenal, awak bagi tahu saya awak sukakan saya. Terkejut saya. Saya tak sangka awak pun sukakan saya. Saya memang sukakan awak. Tapi saya takut nak terima awak time tu. Saya takutkan risiko kalau saya kehilangan awak sebab saya terlalu sayangkan awak. Lepas awk yakinkan saya, saya terus terima awak. Saya cintakan awak.



Hari-hari yang saya lalui indah sangat dengan adanya awak kat sisi saya. Saya ingat lagi kata-kata awak. Awak cakap awak mahukan anak yang ramai bila kita kahwin nanti. Kemudian saya bagi tau awak yang saya harapkan anak sulung kita adalah lelaki. Saya mahukan anak lelaki sebab saya harap bila awak tak dapat imamkan solat, anak lelaki kita dapat gantikan awak. Saya juga berharap apabila saya mninggal dunia kelak, anak lelaki kita juga yang akan mengimamkan jenazah saya. Awak cakap awak nak letak nama Mustaqeem kat anak lelaki kita. Bila kita bincang2 balik, kita pilih nama Ammar Mustaqeem jika anak kita adalah lelaki dan Amna Az-Zahra jika anak kita perempuan. Awak memang seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Awak tak pernah tinggikan suara kat saya sepanjang perhubungan kita. Awak terlalu mengambil berat akan diri saya. Saya gembira sangat sebab awak layan saya macam seorang puteri. Dalam hati saya, saya bertekad nak belajar rajin-rajin dan cari kerja secepat mungkin. Lepas tu saya nak kahwin dengan awak.



Namun, saya Cuma merancang tapi Tuhan yang menentukan. Tiba-tiba awak mula berubah sikap. Awak tak lagi macam dulu. Awak mula mengabaikan saya. Bila saya tanya awak cakap awak sibuk dengan assignment. Kadang2 awak sengaja off handphone awak bila saya kol. Saya buntu dengan perubahan sikap awak. Saya cuba selidik diri saya kalau2 saya ada buat salah. Akhir sekali saya nekad untuk pergi berjumpa awak kat universiti awak. Empat jam perjalanan menaiki bas terasa lambat sangat. Saya sengaja tak bagi tau awak sebab saya nak bagi kejutan kat awak. Sampai kat universiti tempat awak belajar saya terus pergi kat asrama awak. Tapi kawan awak cakap awak dah keluar. Saya tunggu awak kat kafe selama dua jam. Bila saya dah nekad nak balik, saya nampak kereta awak masuk kat perkarangan asrama. Hati saya kembali berbunga. Saya terus menuju ke arah kereta awak.awak....!!!! Alangkah remuknya hati saya bila saya tengok awak bersama wanita lain. Awak terkejut dengan kedatangan saya. Awak langsung tak pandang muka saya. Time tu saya rasa bodoh sangat sebab percayakan awak. Airmata saya mula gugur satu persatu walaupun saya bisikkan pada hati saya supaya bersabar. Hati saya bertambah remuk bila wanita yang berada di sisi awak menggelar saya perempuan yang tak tahu malu kerana cuba merampas awak. Bila dia lihat awak berdiam diri, dia semakin giat menghina saya. Awak, apa dosa saya? Kenapa awak diam ja saat dia mencarik-carik maruah saya?



Lepas tu saya terus ambil bas dan balik ke kampus saya. Airmata saya tak henti-henti mengalir kerana awak. Saya rasa sedih sangat2. Saat tu semua impian yang saya tanamkan bersama-sama awak mula berlegar-legar dalam kotak fikiran saya. Semakin saya tepis, semakin kuat ingatan saya terhadap awak bertandang. Sepanjang perjalanan saya Cuma mampu menangis. Saya dah tak kisah dengan pandangan orang yag berada di sebelah saya. Yang saya tahu, saya sangat2 kecewa dengan awak. Sampai kampus saya terus menuju kat bilik saya. Saya menangis puas2. Roomate saya Eton tak putus2 memberikan semangat kat saya. Saya dah tak boleh fikir time tu. Hati saya sakit sangat. Saya rasa menyesal sebab jatuh cinta. Kalau saya tahu macam ni rasanya putus cinta, saya tak akan terima cinta awak. Apa yang lebih menyakitkan awak tak hubungi saya langsung. Awak memang dah buang saya jauh-jauh dari hidup awak. Akhirnya saya tertidur bertemankan airmata. Esoknya, saya demam teruk. Saya tak mampu nak bangun langsung. Airmata saya pula terlalu murah time tu. Saya cuba kuatkan diri saya untuk teruskan perjuangan saya menuntut ilmu, tapi saya tak mampu. Saya asyik ingatkan awak. Selama seminggu saya demam. Suatu hari saya dapat panggilan telefon dari rumah. Kakak saya suruh saya balik kampung. Rupa-rupanya mama saya sakit kuat. Semangat saya makin lemah. Saya di uji lagi. Dalam hati saya nekad akan lupakan awak dan akan bersemangat belajar kalau mama sembuh dari sakit. Alhamdulillah..mama selamat menjalani pembedahan dan semakin pulih. Akhirnya saya nekad melupakan awak. Peristiwa saya nyaris kehilangan mama menyebabkan saya semakin kuat untuk menempuhi hidup ni. Saya buang segala barang pemberian awak dan tukar nombor telefon saya. Saya benar-benar nak keluar dari bayangan awak. Alhamdulillah.. Saya tempuhi hari2 mendatang dengan cekal walaupun tanpa awak. Saya tak sangka saya mampu menjadi seorang wanita yang setabah ini. Mungkin awak tak akan percaya saya mampu tersenyum, ketawa dan gembira selepas awak remukkan hati saya. Matlamat saya Cuma satu. Saya nak capai impian saya iaitu menggenggam segulung ijazah.

Selepas 5 bulan tanpa khabar, awak tiba-tiba muncul kat asrama saya. Awak cakap awak nak kita jadi macam dulu balik. Awak cakap awak cintakan saya. Awak cakap awak nyesal tinggalkan saya kerana wanita lain. Tapi jawapan saya tetap sama. Saya tak akan terima awak selepas apa yang awak dah lakukan kat saya. Kemudian saya bangun dari kerusi dan terus pergi tanpa menoleh kat awak walaupun berkali-kali awak panggil saya. Saya tak akan percaya lagi dengan kata-kata awak. Sejak hari tu awak selalu hubungi saya. Namun saya tak pernah angkat telefon bila awak telefon saya. Hujung2 minggu awak selalu datang kat kampus saya tapi saya tak pernah keluar untuk jumpa awak. Saya pelik sangat tengok awak. Awak tak jemu ka??? Saya dah berkali-kali cakap yang saya tak akan terima awak kembali, tapi awak tak pernah putus asa. Saya rimas dengan awak. Suatu hari saya nekad nak berhadapan dengan awak. Saya ingat lagi reaksi muka awak saat saya cakap saya bencikan awak sepenuh hati saya dan saya tak akan terima awak kembali dalam hidup saya. Selama ni saya tak pernah cakap saya bencikan awak. Tapi hari tu saya bertekad untuk luahkannya agar awak faham saya memang bencikan awak. Sejak tu awak dah tak ganggu saya lagi. Saya gembira sangat kerana akhirnya awak sedar saya memang bencikan awak.



Suatu hari mama telefon saya dari kampung. Mama cakap ada orang merisik saya. Saya tanya pendapat mama. Mama cakap mama memang tertarik dengan lelaki yang mahukan saya menjadi suri hidupnya. Saya Cuma terdiam. Akhirnya saya minta masa tiga hari untuk memberi jawapan kepada mama. Selepas istikharah dan memohon petunjuk dari Allah saya nekad menelefon mama. Saya serahkan masa depan saya di tangan mama. Saya terima apa sahaja keputusan mama. Genap sebulan, mama cakap saya perlu balik ke kampung kerana pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang ke rumah saya. Saya tak tahu apa perasaan saya. Yang pasti saya nekad untuk menjadi isteri yang menyenangkan bakal suami saya. Saya agak gementar kerana saya tak pernah melihat bakal tunang saya. Apabila jari saya disarungkan cincin yang bertatahkan permata, saya mula rasa sebak. Saya sudah sah menjadi tunangan orang dalam usia 21 tahun. Wanita yang menyarungkan cincin ke jari saya tak putus2 mencium pipi saya. Dia membahasakan dirinya umi kepada saya. Melalui mama, tahulah saya bahawa umi merupakan ibu kepada tunang saya. Saya tercari-cari lelaki yang menjadi tunangan saya, namun saya hampa kerana dia tidak hadir pada hari tersebut kerana ada urusan. Tapi mama ada mengatakan gambar tunang saya ada di dalam laci bilik saya. Mama menetapkan dua tahun sebagai tempoh pertunangan kami kerana mama mahu saya tamat belajar sebelum mendirikan rumah tangga. Lagipun, kata mama tunang saya masih lagi belajar. Saya hanya mengangguk taktala mendengar perancangan mama.



Tetapi, selepas empat bulan pertunangan saya mama menggesa saya untuk berkahwin. Kata mama, sebelum mama pergi mengerjakan haji, mama ingin melihat saya mendirikan rumah tangga. Mama memang pandai melembutkan hati saya. Seperti biasa saya serahkan semua keputusan di tangan mama. Mama lah orang yang paling sibuk waktu tu. Segala persiapan saya serahkan pada mama.. Seminggu sebelum majlis perkahwinan saya, saya pulang ke kampung. Tapi, waktu saya sampai di halaman rumah saya nampak kereta awak berada di depan tangga rumah saya. Saya panik sangat. Saya takut awak merosakkan majlis perkahwinan saya. Bila saya masuk ke dalam rumah saya lihat mama berbual mesra dengan awak. Saat mama cakap awak adalah bakal suami saya, saya terus lari keluar rumah. Saya menangis kat tepi pokok jambu air rumah saya. Saya menyesal sebab tak teliti semasa mama suarakan hasratnya untuk menerima pinangan awak.Saya menangis sepuas-puasnya. Kemudian saya lap airmata saya bila saya sedar awak duduk di sebelah saya. Saya minta awak batalkan perkahwinan kita, tapi awak cakap awak terlalu sayangkan saya. Sampai hati awak. Awak gunakan mama untuk melembutkan hati saya. Memang...Mama terlalu gembira dengan perkahwinan saya. Saya tak sampai hati nak hancurkan kegembiraan mama. Saya terpaksa akur dengan takdir yang menimpa saya.



Menjelang hari perkahwinn kita, saya masih seperti dulu. Saya tak dapat terima awak. Saya terpaksa kerana saya sayangkan mama. Saat awak melafazkan akad, airmata saya mula bergenang. Bila saya sah menjadi isteri awak, airmata saya gugur satu persatu dan semakin lama semakin lebat. Ini bukan airmata bahagia tapi ini airmata duka. Saya semakin takut untuk memikirkan hari2 yang bakal mendatang. Saya takut.. kemudian awak masuk ke dalam kamar saya sewaktu upacara pembatalan air sembahyang. Teguran mama membuatkan saya sedar dari lamunan saya. Saya salam tangan awak, saya cium tangan awak. Lepas tu, awak kucup dahi saya. Belum sempat saya tundukkan wajah saya awak lap air mata saya yang masih bersisa di pipi saya. Saya Cuma terdiam walaupun hati saya memberontak. Kehadiran mama dan kawan2 saya dalam kamar tu menyebabkan saya tak mampu bersuara. Saya Cuma ikut segala arahan-arahan mereka sewaktu bergambar. Saya dapat rasakan betapa palsunya senyuman saya ketika itu. Saya geram sangat bila awak peluk saya,saya marah sangat bila awak sentuh saya dan saya benci sangat bila awak ketawa mendengar usikan kawan2 saya.


Malam tu lepas habis solat isyak berjemaah di ruang tamu, saya termenung di dapur. Saya tengok awak rancak berbual dengan abang2 saya. Time tu fikiran saya kosong sangat2. Saya alihkan pandangan saya pada peti televisyen apabila saya sedar awak curi-curi memandang wajah saya. Saya betulkan tudung yang melekap di atas kepala saya. Tepat pukul 11 malam, mama datang ke dapur. Semua orang nampak mengantuk dan mula masuk ke bilik masing2. Mama pesan pada saya yang awak minta saya bawakan air kosong kat awak. Saya tuangkan air dan bawa ke ruang hadapan, tapi awak tak ada di sana. Bila saya tanyakan pada mama, rupa-rupanya awak tunggu saya di dalam bilik. Saya melangkah ke dalam bilik dengan hati yang resah. Apabila saya masuk ke dalam bilik, awak suruh saya berwudhuk sebab awak nak kita sama2 mendirikan solat syukur. Saya akur dengan perintah awak. Malam tu saya solat berimamkan awak. Akhir sekali awak berpaling mengadap saya. Saya salam tangan awak dan cium tangan awak. Belum sempat saya bangun awak cium ubun2 saya. Saya terdiam tanpa suara.



Saya perasan awak asyik perhatikan saya sewaktu saya membuka telekung saya. Saya faham maksud pandangan mata awak. Awak hampiri saya. Awak belai rambut saya. Mata awak tak berkelip memandang saya. Awak peluk pinggang saya. Tiba-tiba saya tepis tangan awak. Kemudian airmata saya mula gugur satu persatu. Saya mula luahkan segala yang terpendam dalam hati saya kat awak. Sesungguhnya, saya tak dapat terima awak dalam hidup saya sebab saya bencikan awak. Saya perlukan masa untuk redha dengan takdir yang menimpa saya. Lepas awak dengar penjelasan saya, awak pimpin saya ke katil. Awak selimutkan saya dan suruh saya tidur. Awak, saya sedar yang malaikat akan melaknat saya sehingga ke subuh kerana saya menafikan hak awak. Saya benar2 rasa bersalah, namun apabila memikirkan awak gunakan cara yang salah untuk memiliki saya perasaan bersalah saya hilang macam tu jer. Saya biarkan saja awak tidur kat atas sofa di malam pertama kita. Esoknya, awak kejutkan saya untuk solat subuh berjemaah. Selepas memberi salam, awak toleh belakang dan mula berbicara dengan saya. Saya ingat lagi kata2 awak. Awak cakap awak tak akan paksa saya dan awak nak saya jaga diri saya baik2 kerana saya sudah menjadi isteri awak. Awak juga suruh saya belajar rajin2 sebab saya masih ada dua tahun sebelum menamatkan pengajian saya. Sedangkan awak sudah berada di tahun akhir. Awak juga minta saya cuba menerima awak dan belajar menyayangi awak. Saya Cuma mengiyakan segala kata2 awak. Dalam hati saya, saya tak sabar2 untuk pulang ke kampus dan bebas dari awak. Saya yakin jarak universiti kita yang jauh akan memberi saya banyak ruang untuk berjauhan dengan awak.

....Bersambung...Hahahaha..memang cerpen ini diwujudkan dalam dua bahagian..jangan salahkan aku pulak..

Monday, March 28, 2011

Di AtAs SeJaDaH CiNtA

Penulis:  Habiburrahman El Shirazy
KOTA KUFAH terang oleh sinar purnama. Semilir angin yang bertiup dari utara membawa hawa sejuk. Sebagian rumah telah menutup pintu dan jendelanya. Namun geliat hidup kota Kufah masih terasa.
Di serambi masjid Kufah, seorang pemuda berdiri tegap menghadap kiblat. Kedua matanya memandang teguh ke tempat sujud. Bibirnya bergetar melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Hati dan seluruh gelegak jiwanya menyatu dengan Tuhan, Pencipta alam semesta. Orang-orang memanggilnya “Zahid” atau “Si Ahli Zuhud”, karena kezuhudannya meskipun ia masih muda. Dia dikenal masyarakat sebagai pemuda yang paling tampan dan paling mencintai masjid di kota Kufah pada masanya. Sebagian besar waktunya ia habiskan di dalam masjid, untuk ibadah dan menuntut ilmu pada ulama terkemuka kota Kufah. Saat itu masjid adalah pusat peradaban, pusat pendidikan, pusat informasi dan pusat perhatian.
Pemuda itu terus larut dalam samudera ayat Ilahi. Setiap kali sampai pada ayat-ayat azab, tubuh pemuda itu bergetar hebat. Air matanya mengalir deras. Neraka bagaikan menyala-nyala dihadapannya. Namun jika ia sampai pada ayat-ayat nikmat dan surga, embun sejuk dari langit terasa bagai mengguyur sekujur tubuhnya. Ia merasakan kesejukan dan kebahagiaan. Ia bagai mencium aroma wangi para bidadari yang suci.
Tatkala sampai pada surat Asy Syams, ia menangis,
fa alhamaha fujuuraha wa taqwaaha.
qad aflaha man zakkaaha.
wa qad khaaba man dassaaha
…”
(maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan,
sesungguhnya, beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
dan sungguh merugilah orang yang mengotorinya
…)
Hatinya bertanya-tanya. Apakah dia termasuk golongan yang mensucikan jiwanya. Ataukah golongan yang mengotori jiwanya? Dia termasuk golongan yang beruntung, ataukah yang merugi?
Ayat itu ia ulang berkali-kali. Hatinya bergetar hebat. Tubuhnya berguncang. Akhirnya ia pingsan.

***

Sementara itu, di pinggir kota tampak sebuah rumah mewah bagai istana. Lampu-lampu yang menyala dari kejauhan tampak berkerlap-kerlip bagai bintang gemintang. Rumah itu milik seorang saudagar kaya yang memiliki kebun kurma yang luas dan hewan ternak yang tak terhitung jumlahnya.
Dalam salah satu kamarnya, tampak seorang gadis jelita sedang menari-nari riang gembira. Wajahnya yang putih susu tampak kemerahan terkena sinar yang terpancar bagai tiga lentera yang menerangi ruangan itu. Kecantikannya sungguh memesona. Gadis itu terus menari sambil mendendangkan syair-syair cinta,
in kuntu ‘asyiqatul lail fa ka’si
musyriqun bi dhau’
wal hubb al wariq
…”
(jika aku pencinta malam maka
gelasku memancarkan cahaya
dan cinta yang mekar
…)

***

Gadis itu terus menari-nari dengan riangnya. Hatinya berbunga-bunga. Di ruangan tengah, kedua orangtuanya menyungging senyum mendengar syair yang didendangkan putrinya. Sang ibu berkata, “Abu Afirah, putri kita sudah menginjak dewasa. Kau dengarkanlah baik-baik syair-syair yang ia dendangkan.”
“Ya, itu syair-syair cinta. Memang sudah saatnya dia menikah. Kebetulan tadi siang di pasar aku berjumpa dengan Abu Yasir. Dia melamar Afirah untuk putranya, Yasir.”
“Bagaimana, kau terima atau…?”
“Ya jelas langsung aku terima. Dia ‘kan masih kerabat sendiri dan kita banyak berhutang budi padanya. Dialah yang dulu menolong kita waktu kesusahan. Di samping itu Yasir itu gagah dan tampan.”
“Tapi bukankah lebih baik kalau minta pendapat Afirah dulu?”
“Tak perlu! Kita tidak ada pilihan kecuali menerima pinangan ayah Yasir. Pemuda yang paling cocok untuk Afirah adalah Yasir.”
“Tapi, engkau tentu tahu bahwa Yasir itu pemuda yang tidak baik.”
“Ah, itu gampang. Nanti jika sudah beristri Afirah, dia pasti juga akan tobat! Yang penting dia kaya raya.”

***

Pada saat yang sama, di sebuah tenda mewah, tak jauh dari pasar Kufah. Seorang pemuda tampan dikelilingi oleh teman-temannya. Tak jauh darinya seorang penari melenggak lenggokan tubuhnya diiringi suara gendang dan seruling.
“Ayo bangun, Yasir. Penari itu mengerlingkan matanya padamu!” bisik temannya.
“Be…benarkah?”
“Benar. Ayo cepatlah. Dia penari tercantik kota ini. Jangan kau sia-siakan kesempatan ini, Yasir!”
“Baiklah. Bersenang-senang dengannya memang impianku.”
Yasir lalu bangkit dari duduknya dan beranjak menghampiri sang penari. Sang penari mengulurkan tangan kanannya dan Yasir menyambutnya. Keduanya lalu menari-nari diiringi irama seruling dan gendang. Keduanya benar-benar hanyut dalam kelenaan. Dengan gerakan mesra penari itu membisikkan sesuatu ketelinga Yasir,
“Apakah Anda punya waktu malam ini bersamaku?”
Yasir tersenyum dan menganggukan kepalanya. Keduanya terus menari dan menari. Suara gendang memecah hati. Irama seruling melengking-lengking. Aroma arak menyengat nurani. Hati dan pikiran jadi mati.

***
Keesokan harinya.
Usai shalat dhuha, Zahid meninggalkan masjid menuju ke pinggir kota. Ia hendak menjenguk saudaranya yang sakit. Ia berjalan dengan hati terus berzikir membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Ia sempatkan ke pasar sebentar untuk membeli anggur dan apel buat saudaranya yang sakit.
Zahid berjalan melewati kebun kurma yang luas. Saudaranya pernah bercerita bahwa kebun itu milik saudagar kaya, Abu Afirah. Ia terus melangkah menapaki jalan yang membelah kebun kurma itu. Tiba-tiba dari kejauhan ia melihat titik hitam. Ia terus berjalan dan titik hitam itu semakin membesar dan mendekat. Matanya lalu menangkap di kejauhan sana perlahan bayangan itu menjadi seorang sedang menunggang kuda. Lalu sayup-sayup telinganya menangkap suara,
“Toloong! Toloong!!”
Suara itu datang dari arah penunggang kuda yang ada jauh di depannya. Ia menghentikan langkahnya. Penunggang kuda itu semakin jelas.
“Toloong! Toloong!!”
Suara itu semakin jelas terdengar. Suara seorang perempuan. Dan matanya dengan jelas bisa menangkap penunggang kuda itu adalah seorang perempuan. Kuda itu berlari kencang.
“Toloong! Toloong hentikan kudaku ini! Ia tidak bisa dikendalikan!”
Mendengar itu Zahid tegang. Apa yang harus ia perbuat. Sementara kuda itu semakin dekat dan tinggal beberapa belas meter di depannya. Cepat-cepat ia menenangkan diri dan membaca shalawat. Ia berdiri tegap di tengah jalan. Tatkala kuda itu sudah sangat dekat ia mengangkat tangan kanannya dan berkata keras,
“Hai kuda makhluk Allah, berhentilah dengan izin Allah!”
Bagai pasukan mendengar perintah panglimanya, kuda itu meringkik dan berhenti seketika. Perempuan yang ada dipunggungnya terpelanting jatuh. Perempuan itu mengaduh. Zahid mendekati perempuan itu dan menyapanya,
Assalamu’alaiki. Kau tidak apa-apa?”
Perempuan itu mengaduh. Mukanya tertutup cadar hitam. Dua matanya yang bening menatap Zahid. Dengan sedikit merintih ia menjawab pelan,
Alhamdulillah, tidak apa-apa. Hanya saja tangan kananku sakit sekali. Mungkin terkilir saat jatuh.”
“Syukurlah kalau begitu.”
Dua mata bening di balik cadar itu terus memandangi wajah tampan Zahid. Menyadari hal itu Zahid menundukkan pandangannya ke tanah. Perempuan itu perlahan bangkit. Tanpa sepengetahuan Zahid, ia membuka cadarnya. Dan tampaklah wajah cantik nan memesona,
“Tuan, saya ucapkan terima kasih. Kalau boleh tahu siapa nama Tuan, dari mana dan mau ke mana Tuan?”
Zahid mengangkat mukanya. Tak ayal matanya menatap wajah putih bersih memesona. Hatinya bergetar hebat. Syaraf dan ototnya terasa dingin semua. Inilah untuk pertama kalinya ia menatap wajah gadis jelita dari jarak yang sangat dekat. Sesaat lamanya keduanya beradu pandang. Sang gadis terpesona oleh ketampanan Zahid, sementara gemuruh hati Zahid tak kalah hebatnya. Gadis itu tersenyum dengan pipi merah merona, Zahid tersadar, ia cepat-cepat menundukkan kepalanya. “Innalillah. Astagfirullah,” gemuruh hatinya.
“Namaku Zahid, aku dari masjid mau mengunjungi saudaraku yang sakit.”
“Jadi, kaukah Zahid yang sering dibicarakan orang itu? Yang hidupnya cuma di dalam masjid?”
“Tak tahulah. Itu mungkin Zahid yang lain.” kata Zahid sambil membalikkan badan. Ia lalu melangkah.
“Tunggu dulu Tuan Zahid! Kenapa tergesa-gesa? Kau mau kemana? Perbincangan kita belum selesai!”
“Aku mau melanjutkan perjalananku!”
Tiba-tiba gadis itu berlari dan berdiri di hadapan Zahid. Terang saja Zahid gelagapan. Hatinya bergetar hebat menatap aura kecantikan gadis yang ada di depannya. Seumur hidup ia belum pernah menghadapi situasi seperti ini.
“Tuan aku hanya mau bilang, namaku Afirah. Kebun ini milik ayahku. Dan rumahku ada di sebelah selatan kebun ini. Jika kau mau silakan datang ke rumahku. Ayah pasti akan senang dengan kehadiranmu. Dan sebagai ucapan terima kasih aku mau menghadiahkan ini.”
Gadis itu lalu mengulurkan tangannya memberi sapu tangan hijau muda.
“Tidak usah.”
“Terimalah, tidak apa-apa! Kalau tidak Tuan terima, aku tidak akan memberi jalan!”
Terpaksa Zahid menerima sapu tangan itu. Gadis itu lalu minggir sambil menutup kembali mukanya dengan cadar. Zahid melangkahkan kedua kakinya melanjutkan perjalanan.

***

Saat malam datang membentangkan jubah hitamnya, kota Kufah kembali diterangi sinar rembulan. Angin sejuk dari utara semilir mengalir.
Afirah terpekur di kamarnya. Matanya berkaca-kaca. Hatinya basah. Pikirannya bingung. Apa yang menimpa dirinya. Sejak kejadian tadi pagi di kebun kurma hatinya terasa gundah. Wajah bersih Zahid bagai tak hilang dari pelupuk matanya. Pandangan matanya yang teduh menunduk membuat hatinya sedemikian terpikat. Pembicaraan orang-orang tentang kesalehan seorang pemuda di tengah kota bernama Zahid semakin membuat hatinya tertawan. Tadi pagi ia menatap wajahnya dan mendengarkan tutur suaranya. Ia juga menyaksikan wibawanya. Tiba-tiba air matanya mengalir deras. Hatinya merasakan aliran kesejukan dan kegembiraan yang belum pernah ia rasakan sebelumnya. Dalam hati ia berkata,
“Inikah cinta? Beginikah rasanya? Terasa hangat mengaliri syaraf. Juga terasa sejuk di dalam hati. Ya Rabbi, tak aku pungkiri aku jatuh hati pada hamba-Mu yang bernama Zahid. Dan inilah untuk pertama kalinya aku terpesona pada seorang pemuda. Untuk pertama kalinya aku jatuh cinta. Ya Rabbi, izinkanlah aku mencintainya.”
Air matanya terus mengalir membasahi pipinya. Ia teringat sapu tangan yang ia berikan pada Zahid. Tiba-tiba ia tersenyum,
“Ah sapu tanganku ada padanya. Ia pasti juga mencintaiku. Suatu hari ia akan datang kemari.”
Hatinya berbunga-bunga. Wajah yang tampan bercahaya dan bermata teduh itu hadir di pelupuk matanya.

***
Sementara itu di dalam masjid Kufah tampak Zahid yang sedang menangis di sebelah kanan mimbar. Ia menangisi hilangnya kekhusyukan hatinya dalam shalat. Ia tidak tahu harus berbuat apa. Sejak ia bertemu dengan Afirah di kebun kurma tadi pagi ia tidak bisa mengendalikan gelora hatinya. Aura kecantikan Afirah bercokol dan mengakar sedemikian kuat dalam relung-relung hatinya. Aura itu selalu melintas dalam shalat, baca Al-Quran dan dalam apa saja yang ia kerjakan. Ia telah mencoba berulang kali menepis jauh-jauh aura pesona Afirah dengan melakukan shalat sekhusyu’-khusyu’-nya namun usaha itu sia-sia.
“Ilahi, kasihanilah hamba-Mu yang lemah ini. Engkau Mahatahu atas apa yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cinta-Mu. Namun Engkau juga tahu, hatiku ini tak mampu mengusir pesona kecantikan seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan daya tarik wajah dan suaranya Ilahi, berilah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menetes-netes dalam dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau ridhai. Aku serahkan hidup matiku untuk-Mu.” Isak Zahid mengharu biru pada Tuhan Sang Pencipta hati, cinta, dan segala keindahan semesta.
Zahid terus meratap dan mengiba. Hatinya yang dipenuhi gelora cinta terus ia paksa untuk menepis noda-noda nafsu. Anehnya, semakin ia meratap embun-embun cinta itu semakin deras mengalir. Rasa cintanya pada Tuhan. Rasa takut akan azab-Nya. Rasa cinta dan rindu-Nya pada Afirah. Dan rasa tidak ingin kehilangannya. Semua bercampur dan mengalir sedemikian hebat dalam relung hatinya. Dalam puncak munajatnya ia pingsan.
Menjelang subuh, ia terbangun. Ia tersentak kaget. Ia belom shalat tahajjud. Beberapa orang tampak tengah asyik beribadah bercengkerama dengan Tuhannya. Ia menangis, ia menyesal. Biasanya ia sudah membaca dua juz dalam shalatnya.
“Ilahi, jangan kau gantikan bidadariku di surga dengan bidadari dunia. Ilahi, hamba lemah maka berilah kekuatan!”
Ia lalu bangkit, wudhu, dan shalat tahajjud. Di dalam sujudnya ia berdoa,
“Ilahi, hamba mohon ridha-Mu dan surga. Amin. Ilahi lindungi hamba dari murkamu dan neraka. Amin. Ilahi, jika boleh hamba titipkan rasa cinta hamba pada Afirah pada-Mu, hamba terlalu lemah untuk menanggung-Nya. Amin. Ilahi, hamba memohon ampunan-Mu, rahmat-Mu, cinta-Mu, dan ridha-Mu. Amin.”

***

Pagi hari, usai shalat dhuha Zahid berjalan ke arah pinggir kota. Tujuannya jelas yaitu melamar Afirah. Hatinya mantap untuk melamarnya. Di sana ia disambut dengan baik oleh kedua orangtua Afirah. Mereka sangat senang dengan kunjungan Zahid yang sudah terkenal ketakwaannya di seantero penjuru kota. Afiah keluar sekejab untuk membawa minuman lalu kembali ke dalam. Dari balik tirai ia mendengarkan dengan seksama pembicaraan Zahid dengan ayahnya. Zahid mengutarakan maksud kedatangannya, yaitu melamar Afirah.
Sang ayah diam sesaat. Ia mengambil nafas panjang. Sementara Afirah menanti dengan seksama jawaban ayahnya. Keheningan mencekam sesaat lamanya. Zahid menundukkan kepala ia pasrah dengan jawaban yang akan diterimanya. Lalu terdengarlah jawaban ayah Afirah,
“Anakku Zahid, kau datang terlambat. Maafkan aku, Afirah sudah dilamar Abu Yasir untuk putranya Yasir beberapa hari yang lalu, dan aku telah menerimanya.”
Zahid hanya mampu menganggukan kepala. Ia sudah mengerti dengan baik apa yang didengarnya. Ia tidak bisa menyembunyikan irisan kepedihan hatinya. Ia mohon diri dengan mata berkaca-kaca. Sementara Afirah, lebih tragis keadaannya. Jantungnya nyaris pecah mendengarnya. Kedua kakinya seperti lumpuh seketika. Ia pun pingsan saat itu juga.

***

Zahid kembali ke masjid dengan kesedihan tak terkira. Keimanan dan ketakwaan Zahid ternyata tidak mampu mengusir rasa cintanya pada Afirah. Apa yang ia dengar dari ayah Afirah membuat nestapa jiwanya. Ia pun jatuh sakit. Suhu badannya sangat panas. Berkali-kali ia pingsan. Ketika keadaannya kritis seorang jamaah membawa dan merawatnya di rumahnya. Ia sering mengigau. Dari bibirnya terucap kalimat tasbih, tahlil, istigfhar dan … Afirah.
Kabar tentang derita yang dialami Zahid ini tersebar ke seantero kota Kufah. Angin pun meniupkan kabar ini ke telinga Afirah. Rasa cinta Afirah yang tak kalah besarnya membuatnya menulis sebuah surat pendek,



Kepada Zahid,

Assalamu’alaikum

Aku telah mendengar betapa dalam rasa cintamu padaku. Rasa cinta itulah yang membuatmu sakit dan menderita saat ini. Aku tahu kau selalu menyebut diriku dalam mimpi dan sadarmu. Tak bisa kuingkari, aku pun mengalami hal yang sama. Kaulah cintaku yang pertama. Dan kuingin kaulah pendamping hidupku selama-lamanya.
Zahid,
Kalau kau mau. Aku tawarkan dua hal padamu untuk mengobati rasa haus kita berdua. Pertama, aku akan datang ke tempatmu dan kita bisa memadu cinta. Atau kau datanglah ke kamarku, akan aku tunjukkan jalan dan waktunya.

Wassalam
Afirah

===============================================================

Surat itu ia titipkan pada seorang pembantu setianya yang bisa dipercaya. Ia berpesan agar surat itu langsung sampai ke tangan Zahid. Tidak boleh ada orang ketiga yang membacanya. Dan meminta jawaban Zahid saat itu juga.
Hari itu juga surat Afirah sampai ke tangan Zahid. Dengan hati berbunga-bunga Zahid menerima surat itu dan membacanya. Setelah tahu isinya seluruh tubuhnya bergetar hebat. Ia menarik nafas panjang dan beristighfar sebanyak-banyaknya. Dengan berlinang air mata ia menulis untuk Afirah :



Kepada Afirah,

Salamullahi’alaiki,

Benar aku sangat mencintaimu. Namun sakit dan deritaku ini tidaklah semata-mata karena rasa cintaku padamu. Sakitku ini karena aku menginginkan sebuah cinta suci yang mendatangkan pahala dan diridhai Allah ‘Azza Wa Jalla’. Inilah yang kudamba. Dan aku ingin mendamba yang sama. Bukan sebuah cinta yang menyeret kepada kenistaan dosa dan murka-Nya.
Afirah,
Kedua tawaranmu itu tak ada yang kuterima. Aku ingin mengobati kehausan jiwa ini dengan secangkir air cinta dari surga. Bukan air timah dari neraka. Afirah, “Inni akhaafu in ‘ashaitu Rabbi adzaaba yaumin ‘adhim!” ( Sesungguhnya aku takut akan siksa hari yang besar jika aku durhaka pada Rabb-ku. Az Zumar : 13 )
Afirah,
Jika kita terus bertakwa. Allah akan memberikan jalan keluar. Tak ada yang bisa aku lakukan saat ini kecuali menangis pada-Nya. Tidak mudah meraih cinta berbuah pahala. Namun aku sangat yakin dengan firmannya :
“Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah buat wanita-wanita yang tidak baik (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka. Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (yaitu surga).”
Karena aku ingin mendapatkan seorang bidadari yang suci dan baik maka aku akan berusaha kesucian dan kebaikan. Selanjutnya Allahlah yang menentukan.
Afirah,
Bersama surat ini aku sertakan sorbanku, semoga bisa jadi pelipur lara dan rindumu. Hanya kepada Allah kita serahkan hidup dan mati kita.

Wassalam,
Zahid

===============================================================

Begitu membaca jawaban Zahid itu Afirah menangis. Ia menangis bukan karena kecewa tapi menangis karena menemukan sesuatu yang sangat berharga, yaitu hidayah. Pertemuan dan percintaannya dengan seorang pemuda saleh bernama Zahid itu telah mengubah jalan hidupnya.
Sejak itu ia menanggalkan semua gaya hidupnya yang glamor. Ia berpaling dari dunia dan menghadapkan wajahnya sepenuhnya untuk akhirat. Sorban putih pemberian Zahid ia jadikan sajadah, tempat dimana ia bersujud, dan menangis di tengah malam memohon ampunan dan rahmat Allah SWT. Siang ia puasa malam ia habiskan dengan bermunajat pada Tuhannya. Di atas sajadah putih ia menemukan cinta yang lebih agung dan lebih indah, yaitu cinta kepada Allah SWT. Hal yang sama juga dilakukan Zahid di masjid Kufah. Keduanya benar-benar larut dalam samudera cinta kepada Allah SWT.
Allah Maha Rahman dan Rahim. Beberapa bulan kemudian Zahid menerima sepucuk surat dari Afirah :



Kepada Zahid,

Assalamu’alaikum,

Segala puji bagi Allah, Dialah Tuhan yang memberi jalan keluar hamba-Nya yang bertakwa. Hari ini ayahku memutuskan tali pertunanganku dengan Yasir. Beliau telah terbuka hatinya. Cepatlah kau datang melamarku. Dan kita laksanakan pernikahan mengikuti sunnah Rasululullah SAW. Secepatnya.

Wassalam,
Afirah



===============================================================
Seketika itu Zahid sujud syukur di mihrab masjid Kufah. Bunga-bunga cinta bermekaran dalam hatinya. Tiada henti bibirnya mengucapkan hamdalah.





Diambil dari buku dengan judul yang sama karya Habiburrahman El Shirazy.